Islam menyuruh penganutnya tidur dan berehat supaya dengan itu segala ibadah dan aktiviti dapat dilakukan dengan baik.Di dalam sebuah hadis,diriwayatkan mengenai Abu Darda yang tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah secara berterusan.Menurut Bukhari,sahabatnya Salman al-Farisi menegurnya dengan berkata"Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu,badanmu mempunyai hak ke atasmu dan isterimu mempunyai hak ke atasmu.Berikan kepada semua ini haknya."Semasa Nabi Muhammad mendengar perkataan Salman ini,baginda berkata,"Maka benarlah kata Salman".
Islam mengangap tidur sebagai satu ibadah dan menekankan ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.Nabi Muhammad mementingkan kualiti ketika beramal dan tidur dapat membantu ke arah itu.Menurut Bukhari dan Muslim,beliau pernah memasuki masjid dan ternampak seutas tali merentangi dua tiang.Selepas bertanya,nabi diberitahu tali itu adalah kepunyaan Zainab yang berpaut kepadanya ketika keletihan selepas melakukan solat.Lantas baginda berkata"Buka tali ini!Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika cergas dan ketika mengantuk,pergilah tidur".
Tidur yang penting adalah pada waktu malam.Allah berfirman dalam surah al-Furqan ayat 47,"Dan dia menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirehat,dan dijadikan siang untuk bertebaran mencari rezeki".
Dari segi pandangan sains,didapati ianya dapat memantapkan sistem darah dan jantung.Dr.Tom Mackay,seorang pakar berhubung penyakit-penyakit sistem pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan,Edinburgh Royal Infirmary Scotland merumuskan,kurang tidur menyebabkan beberapa perubahan kimia berlaku di dalam badan dan ini meningkatkan risiko seseorang mengidap penyakit kencing manis,jantung dan strok.
Selain itu,tidur pada waktu tengah hari yang dikenali sebagai qailulah,sering kali dilakukan oleh Nabi Muhammad.Di dalam kitab Misykatul Masabih disebutkan,"Tidur sekejap di waktu tengah hari atau qailulah bukanlah suatu perkataan yang keji kerana Rasulullah pernah melakukannya."Tidur di siang hari pernah dianggap sebagai lambang kemalasan.Namun,Islam menganggapnya sebagai satu kebaikan asalkan seseorang tidak berlebih-lebihan dengannya.
Berhubung engan ini,Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumudin berkata,"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur yang sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari.Sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun dari tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat zuhur..
Amalan tidur pada waktu tengahari adalah suatu amalan Nabi Muhammad yang dapat menyegarkan tubh badan dan sekailigus meningkatkan produktiviti.Dewasa ini,berpandukan kajian-kajian saintifik,tidur pada waktu tengahari didapati berkesan bagi menngkatkan tenaga,tumpuan dan produktiviti pekerja-pekerja.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan