ANTARA SEMANGAT DAN FIKRAH DALAM DAKWAH
Dakwah adalah sesuatu pekerjaan yang sedikit pendokongnya tapi banyak penentangnya, sedikit yang menggerakkannya tapi ramai yang membantutkannya, dan sedikit yang memahaminya tapi banyak yang memesongkannya. Dakwah yang ingin mengeluarkan umat ini dari kejahilan kepada keilmuan, dari kebatilan kepada kebenaran dan dari kegelapan kepada sinar cahaya hidayah-Nya memerlukan bekalan yang dapat meneguhkan pendokong dan penggeraknya dalam landasan Ilahi ini.
Semangat yang kuat dan fikrah yang jelas adalah sebahagian daripada bekalan yang perlu hadir dalam jiwa para pendakwah. Kedua-duanya perlu dijaga dengan sungguh-sungguh kerana jika salah satu daripadanya mula hilang atau terpesong maka kesannya bukan kepada pendokong dan penggeraknya saja bahkan kepada dakwah yang kita serukan juga.
Semangat adalah ibarat baja dan air yang menjadi sumber tumbuhnya sepohon pokok yang dapat membesar dengan baik dan kuat sedangkan fikrah itu ibarat batang pokok dengan segala dedaunnya yang segar dan wangi hingga mampu memberi manfaat yang besar kepada makhluk lain. Semangat yang kuat tanpa fikrah yang jelas ibarat pokok yang berlebihan siraman air dan bajanya manakala fikrah yang jelas tanpa semangat yang kuat seperti pokok yang kekurangan sumber air dan bajanya. Akhirnya pokok yang diharapkan tumbuh membesar itu semakin hari semakin gugur daunnya, mulai mereput kulitnya dan akhirnya tumbang ke tanah tanpa sebarang manfaat yang boleh diambil darinya. Pokok itu adalah dakwah yang ingin kita bangunkan saat ini.
Mereka yang cukup bersemangat dalam berdakwah tanpa disertai dengan pemahaman yang benar dengan fikrah yang Islam seruan bisa gugur dari medan dakwah ini kerana keterlibatannya hanya kerana semangat yang hadir, tanpa semangat mereka mula mengundurkan diri dari berdakwah. Saat memegang jawatan tertentu dalam sesebuah organisasi maka semangat dakwah bertambah, saat masih bergelar mahasiswa semangat dakwah masih bergelora, saat sahabat-sahabat dakwah masih ramai semangat dakwah cukup subur dalam diri, saat program dakwah bertimbun-timbun semangat dakwah tidak pernah menurun, saat masa masih lapang semangat dakwah sentiasa berkobar-kobar. Saat idea mencurah-curah semangat dakwah melalui tulisan amat konsisten. Saat dakwah ini mula mendapat sambutan semangat makin kuat.
Ya, semangat inilah yang kita dambakan cuma sayangnya semangat itu hanya hadir ketika itu sahaja tapi bila tiba saat sudah melepaskan jawatan yang dipegang, saat mula memasuki bidang pekerjaan, saat sahabat-sahabat mula hilang dari medan perjuangan, saat program dakwah mula sayu dan longlai, saat kesibukan mula menghantui kehidupan, saat idea menulis semakin kering, saat dakwah ini mula ditolak maka dakwah mula diabaikan, mula dibiarkan dan mula ditinggalkan dengan pelbagai alasan-alasan yang dianggap ‘syarie’ pada pandangannya kerana semangat sudah hilang, sudah pudar, sudah lemah kerana pendorong semangat dakwah tadi juga sudah tiada. Andai tidak meninggalkan jalan dakwah ini semangat dakwah itu mula bertukar kepada memburukkan individu atau kelompok yang berbeza dengan wasilah mereka, menghalang perjalanan golongan yang berbeza fikrah dengan mereka, merasakan diri dan kelompok mereka sahaja yang layak mengemban perjuangan ini, lalu kita sering melihat pergaduhan sesama gerakan-gerakan melalui kata-kata atau tulisan walau kita semuanya adalah orang-orang Muslim. Semangat inikah yang ingin kita semaikan??
Mereka terlupa bahawa perjuangan golongan terdahulu lebih-lebih lagi mampu melunturkan semangat dakwah mereka, mereka diuji dengan ujian yang memerlukan mereka mengorbankan masa, harta bahkan jiwa-jiwa mereka hingga mereka juga mengeluh “Bilakah pertolongan ALLAH akan tiba??”.

“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”[Al Baqarah 2:214]
Salah seorang sahabat RasuluLLAH juga pernah memberikan saranan agar membalas sahaja perbuatan kafir Quraisy dengan kekuatan yang ada ketika mereka masih berada di Makkah yang pastinya lahir dari sebuah semangat yang ada pada dirinya. Ternyata usul itu ditolak oleh Nabi yang memahami bahawa dakwah itu tidak cukup sekadar mempunyai semangat yang membara sahaja namun perlu melihat sumber kekuatan dan persediaan yang telah ada pada dakwah ini, lantaran itulah Rasul mengatakan kepada sahabatnya “Sesungguhnya kamu ini orang yang tergesa-gesa”
Pengorbanan yang mereka berikan bukan semata-mata atas semangat tanpa berpijak di bumi yang nyata tetapi semangat itu lahir dari sebuah fikrah yang benar-benar faham akan tujuan dan matlamat dakwah ini inginkan. Maka lihatlah setelah terbangun sebuah kerajaan Islam yang pertama di Madinah mereka tidak merasakan bahawa tugas dakwah ini telah selesai bahkan tanggungjawab dakwah semakin berat hingga memerlukan mereka berjuang dengan sepenuh hati menyebarkan dakwah ke seluruh pelusok bumi walau Rasul tidak bersama mereka lagi dengan semangat sama ada kita hidup mulia dengan Islam atau kita mati kerana agama-Nya. Pengorbanan yang mereka berikan itu selayaknya mendapat penghormatan dari ALLAH berupa sebuah anugerah yang dijanjikan kepada hamba yang menepati janjinya.

“ Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya)” [Al Ahzab 33:23]
Fikrah yang jelas tentang dakwah dan perjuangan tanpa secebis semangat untuk menyebarkannya juga bakal membantutkan perjalanan kita yang panjang ini menemui destinasi yang dijanjikan-Nya. Sehebat manapun pemahaman kita tentang bagaimana seharusnya kita memahami agama ini belum cukup untuk mengubah masyarakat kita jika semangat yang kuat belum hadir dalam jiwa kita untuk menyebarkan fikrah Islam itu ke dalam jiwa masyarakat. Jadilah fikrah Islam yang kita fahami itu hanya tersembunyi jauh dalam fikiran dan hati kita seorang sahaja, hingga mula membeku di dalam otak dan hati dan akhirnya hanya mampu mengeluh dengan kerosakan Islam yang terjadi saat ini tanpa berbuat apa-apa, apatah lagi jika lebih suka mengomentar dakwah orang lain seolah-olah bak kata peribahasa “paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih”.
Dakwah ini mula bernada balada yang cukup lemah dan khayal orang mendengarnya akibat kesungguhan untuk menyampaikan dakwah ini juga mempunyai melodi yang sama. Dakwah mula menjadi suatu yang hanya dilakukan secara main-main, tanpa keseriusan untuk merealisasikan dakwah ini untuk berjaya hingga kita hanya melaksanakannya ketika ada masa “free”, ketika diberikan tugasan oleh murobbi, ketika ditegur oleh sahabat dakwah yang lain dan ketika diluar waktu “study”, kerja dan kehidupan biasa kita seolah-olah dakwah ini untuk masa tertentu dan tempat tertentu sahaja. Adakah ini tanda fikrah dalam dakwah ini belum jelas?? Ditambah pula jika kita lebih banyak bergembira dengan gelak-tawa dalam kehidupan ini sampai terlupa untuk kita menangis mengenangkan dakwah kita yang gagal untuk menyedarkan dan melahirkan umat yang cintakan agama-Nya. Sedangkan kita sepatutnya lebih banyak menangis dari tertawa secara berlebihan

“Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan. [At Taubah 9:82]
“Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'[Al Israa 17:109]

Adakah gelak tawa kita membuktikan dakwah ini telah tersebar luas atau hanya sekadar nafsu yang menguasai kehidupan kita. Atau tugas dakwah ini telah selesai kerana telah mempunyai ramai pendokong dan penggeraknya hingga kita lebih banyak ketawa dari menangis. Jika semua itu masih belum tercapai marilah kita muhasabah sejenak untuk menangisi kelemahan kita mengajak orang lain ke dalam dakwah ini, menangisi kekurangan kita untuk orang tsiqah dengan dakwah ini, menangisi ketidak sungguhan kita dalam dakwah ini, menangisi ketidak istiqamahnya kita dalam mengingatkan umat lewat kata-kata mahupun tulisan kepada dakwah ini, menangisi lemahnya semangat dakwah kita saban waktu, menangisi waktu-waktu yang kita bazirkan dengan gelak tawa yang berlebihan hingga terlupa dosa-dosa yang kita perbuat. Mudah-mudahan gelak tawa kita tidak membuatkan hati menjadi keras hingga susah untuk mengalirkan air mata lewat solat tahajud kita.
Jangan kita sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH agar membantu dakwah ini tanpa kita juga mengubah diri kita agar selayaknya kita ditolong oleh ALLAH, kerana sejarah membuktikan golongan pejuang agama yang lalu melakukan pengorbanan yang luar biasa hebat sebelum mereka diberi bantuan oleh ALLAH. Seharusnya kita berusaha untuk mengambil sejarah mereka sebagai panduan untuk mencipta sejarah perjuangan kita pula.
Jadikan semangat itu sebagai pemangkin dalam dakwah dan fikrah Islam itu sebagai pembimbing kita agar tidak menyalahgunakan semangat yang ada dalam diri.
Buat diri yang masih mencari semangat dalam dakwah kehidupannya dan berusaha melengkapkan diri dengan fikrah yang mudah-mudahan membawa diri bertemu dengan sebuah kebenaran yang dakwah Islam inginkan.
Wallahu’alam

Tiada ulasan:
Catat Ulasan