Ahad, 28 Jun 2009

TiDuR AdAlAh iBaDaH

Islam menyuruh penganutnya tidur dan berehat supaya dengan itu segala ibadah dan aktiviti dapat dilakukan dengan baik.Di dalam sebuah hadis,diriwayatkan mengenai Abu Darda yang tidak mahu tidur malam kerana ingin melakukan ibadah secara berterusan.Menurut Bukhari,sahabatnya Salman al-Farisi menegurnya dengan berkata"Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu,badanmu mempunyai hak ke atasmu dan isterimu mempunyai hak ke atasmu.Berikan kepada semua ini haknya."Semasa Nabi Muhammad mendengar perkataan Salman ini,baginda berkata,"Maka benarlah kata Salman".

Islam mengangap tidur sebagai satu ibadah dan menekankan ia adalah hak badan yang perlu ditunaikan.Nabi Muhammad mementingkan kualiti ketika beramal dan tidur dapat membantu ke arah itu.Menurut Bukhari dan Muslim,beliau pernah memasuki masjid dan ternampak seutas tali merentangi dua tiang.Selepas bertanya,nabi diberitahu tali itu adalah kepunyaan Zainab yang berpaut kepadanya ketika keletihan selepas melakukan solat.Lantas baginda berkata"Buka tali ini!Hendaklah salah seorang di antara kamu bersolat ketika cergas dan ketika mengantuk,pergilah tidur".

Tidur yang penting adalah pada waktu malam.Allah berfirman dalam surah al-Furqan ayat 47,"Dan dia menjadikan malam sebagai pakaian bagimu dan tidur sebagai istirehat,dan dijadikan siang untuk bertebaran mencari rezeki".

Dari segi pandangan sains,didapati ianya dapat memantapkan sistem darah dan jantung.Dr.Tom Mackay,seorang pakar berhubung penyakit-penyakit sistem pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan,Edinburgh Royal Infirmary Scotland merumuskan,kurang tidur menyebabkan beberapa perubahan kimia berlaku di dalam badan dan ini meningkatkan risiko seseorang mengidap penyakit kencing manis,jantung dan strok.

Selain itu,tidur pada waktu tengah hari yang dikenali sebagai qailulah,sering kali dilakukan oleh Nabi Muhammad.Di dalam kitab Misykatul Masabih disebutkan,"Tidur sekejap di waktu tengah hari atau qailulah bukanlah suatu perkataan yang keji kerana Rasulullah pernah melakukannya."Tidur di siang hari pernah dianggap sebagai lambang kemalasan.Namun,Islam menganggapnya sebagai satu kebaikan asalkan seseorang tidak berlebih-lebihan dengannya.

Berhubung engan ini,Imam Al-Ghazali di dalam kitab Ihya Ulumudin berkata,"Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur yang sekejap pada siang hari kerana ia membantu ibadah pada malam hari sebagaimana sahur membantu puasa di siang hari.Sebaik-baiknya hendaklah seseorang itu bangun dari tidurnya sebelum gelincir matahari untuk menunaikan solat zuhur..

Amalan tidur pada waktu tengahari adalah suatu amalan Nabi Muhammad yang dapat menyegarkan tubh badan dan sekailigus meningkatkan produktiviti.Dewasa ini,berpandukan kajian-kajian saintifik,tidur pada waktu tengahari didapati berkesan bagi menngkatkan tenaga,tumpuan dan produktiviti pekerja-pekerja.

Sabtu, 27 Jun 2009

MaKANaN yANg MeNcEgAh KaNsEr..

Allah berkata dalam surah al-Baqarah,ayat 172"Wahai orang-orang beriman,makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah".Imam Qurtubi mentafsirkan'rezeki yang baik-baik'sebagai 'makanan yang bermanfaat daripada segala sudut'Di antara khasiat yang terdapat pada sesetengah makanan yanag perlu dimanfaatkan adalah ia dapat mencegah kanser.Sehubungan dengan itu,menurut Abu Daud dan Tarmizi,Aisyah melaporkan bahawa"Rasulullah saw pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengn buah tamar(kurma)yang basah".

Majalah Lancet 1999 melaporkan,lebih kurang 1.5 juta wanita di negara-negara maju disahkan mengidap kanser setiap tahun dan majoritinya adalah kanser payudara.Mengikut Persatuan Kanser Amerika,setiap seorang daripada dua orang lelaki mempunyai risiko mengidap kanser dan bagi wanita,setiap seorang daripada tiga orang.Daripada jumlah keseluruhan kematian yang berlaku setiap tahun di Amerika,satu daripada empat berpunca daripada penyakit kanser.Bagi tahun 2002,dianggarkan 1,200,000 kes baru dikesan dan lebih kurang 1,500 kematian akan berlaku setiap hari,hanya disebabkan oleh kanser.

Ana akan menerangkan serba sedikit tentang khasiat antikanser dalam makanan:

Makanan dan minuman yang berkhasiat adalah senjata utama mencegah kanser ataupun barah.Mengikut kajian yang dilakukan oleh Institut Kanser Kebangsaan Amerika,satu pertiga daripada penyakit kanser berpunca daripada makanan yang diambil.Justeru pengawalan makanan adalah penting bagi mencegah kanser ini.Di antara bahan-bahan antikanser yang terdapat didalam makanan adalah antioxidant seperti vitamin C,vitamin E,dan selenium.Antioxidant berfungsi sebagai menghalang bahan-bahan yang bernama radikal bebas atau free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel badan.

Bahan-bahan ini apabila dibiarkan,akan bertindak ke atas sel-sel sehingga akhirnya,ia dengan mudah bertukar manjadi kanser.Antioxidant juga berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak.Salah satu bahan antioxidant yang banyak dikaji oleh ahli-ahli sains ialah BETA-CAROTENE,yang terdapat di dalam sayuran berwarna hijau,kuning dan jingga seperti lobak merah dan bayam.Mengikut kajian di Universiti Harvard,beta-carotene ini berfungsi membunuh sel-sel kanser di samping mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser untuk tumbuh kepada bentuk yang lain.Di dalam badan manusia,beta-carotene ini boleh bertukar menjadi asid retinoik yang berfunsi membunuh sel-sel kanser.

Di samping itu,terdapat sebahagian makanan terutamanya kulit gandum atau wheat bran,mampu mengecilkan dan sekaligus menghalang pengembangan sel-sel prakanser yang terdapat di dalam badan.Rumusan ke atas 170 kajian yang dilakukan di 17 buah negara di dunia mendapati,mereka yang banyak mengambil sayuran dan buah-buahan mempunyai risiko 50% lebih rendah diserang kanser,terutamanya kanser paru-paru,usus besar,oesafagus,serviks.mulut,perut,pundi kencing,pankreas dan ovari berbanding mereka yang lain.Di antara sayuran dan buah-buahan yang mempunyai bahan antikanser adalah seperti:

Tomato

Sayuran yang kaya dengan vitamin C,vitamin B,magnesium dan kalsium.Salah satu bahan antikanser yang terdapat di dalam tomato adalah lycopen,yang berfungsi mencegah kesan negatif radikal bebas ke atas sel-sel di dalam badan,di samping mampu mencegah kanser prostat bagi lelaki dan kanser pankreas secara umumnya.Bahan lycopene ini juga boleh didapati dalam buah tembikai.Seseorang yang kekurangan bahan ini mempunyai risiko lima kali ganda diserang barah pankreas.

Sayuran hijau

Mengikut kajian dari Itali,sayuran hijau seperti bayam,salad dan kubis mengandungi banyak bahan-bahan antikanser seperti beta-carotene,lutein dan asid folik.

Bawang

Bawang putih dan merah juga mengandungi banyak bahan antikanser.Satu kajian yang dilakukan di Universiti Pennsylvania,mendapati bahan-bahan ini mampu mengecutkan ketumbuhan payudara iaitu sebanyak 71%.Ia juga didapati mampu mencegah barah usus dan perut.Mengikut satu kajian di Jerman,bawang mempunyai bahan yang dikenali sebagai ajoene,yang bertindak sebagai bahan toksik kepada sel-sel barah.Tmabahan daripada itu,para pengkaji dari Fakulti Perubatan Universiti Loma Linda di Florida mendapati,bawang mempunyai bahan sebatian belerang atau dalam sains dipanggil sulphur compounds yang mampu merangsang sistem pertahanan seseorang dengan meningkatkan aktiviti sel-sel macrofaj dan T-limfosit yang berfungsi membunuh sel-sel kanser dalam tubuh.

Ikan Salmon

Ikan salmon,pelata atau mackerel dan sardin mempunyai asid lemak omega-3 yang mampu mencegah seseorang itu daripada serangan jantung,radang sendi (artritis) dan gatal kulit atau psoriasis(penyakit kulit).Mengikut kajian,lelaki pertengahan umur yang mengambil 3 oz ikan jenis ini setiap hari,mampu mengurangkan risiko diserang penyakit jantung sebanyak 36%.Kajian juga mendapati asid lemak omega-3 berfungsi sebagai bahan antikanser di dalam badan seseorang.Kesemua maklumat ini disebutkan di dalam artikel Foods That Fight Cancer di dalam Reader's Digest terbitan bulan Mac 1994.

p/s:Kajian serba ringkas ini ana ambil dari Al-Asas fit tafsir,Said Hawa,tafsir ayat...The Journal of The Islamic Medical Association....http://www.ummah.org.uk/science/moore.htm..

Khamis, 25 Jun 2009

TREnD ZAMAN SEKARANG......

Ana mendapat email ini drpd sahabat ana.bacalah dengan teliti moga kita mendapat pengajaran darinya.


Jabatan Syariah telah mengesan trend terkini memberikan ucapan salam samada melalui emel dan sms hanya dengan menulis perkataan "Akum". Sudahlah kita telah hilang keaslian dalam selawat kepada Nabi dengan hanya menulis "S.A.W" dan pujian kepada Allah dengan hanya menulis " S.W.T" maka kali ini kita akan kehilangan keaslian pada satu lagi kalimah suci iaitu Assalamualaikum diringkaskan menjadi "Akum".

Dalam hukum Fiqah, tulisan yang tertera "Assalamualaikum" adalah wajib dijawab oleh penerima salam tadi samada melalui lisan, emel atau sms kerana ianya adalah doa walaupun dieja dengan bahasa bukan Arab.Manakala tulisan "Akum" tidak wajib dijawab kerana ianya bukan doa. Oleh itu, Jabatan Syariah menasihati semua supaya mengekalkan keaslian salam Pada ejaan dengan menulis penuh Assalamualaikum dan bukan lagi "Akum".

Sekian, terima kasih.

P/S:

Ada juga yang menggunakan semekom, sekom, selekom. Ada artis lawak kita yang suka sangat menggunakan cara ini apabila memulakan show. Dan audience pun ketawa terbahak-bahak. Kurang ajarnya ! Dan yang paling kurang ajar ada yang buat main sehinggakan sebutan menjadi Celcom!!


UcApKaNlAh..sUbHanALLAH..aLhAmDuILLAH..


aPaBilA KiTa bErZikIr,MeNgUlaNgI KaLiMaH-KaLiMaH mEmUjI ALLAH sEpErTi sUbHaNaLLaH,aLhAmDuLILLAH..dAn ALLAHUAKBAR,,SeCaRa aUtOmAtIkNyA BeBerApA KaWaSAN oTaK YaNg TerLiBaT sEmAkIn AkTiF..kEAdaaN iNi bIaSaNyA bErLaKu ApAbILa AlIrAn bIoeLeKtRiK dI KaWaSaN sArAf OtAk tERlIbAt.ApAbILa KaLiMaH-KaLiMaH zIKiR InI DiSEbUt BeRuLaNg2 KaLi,AkTiViTi SaRaf InI mEnJaDi BerTaMbAh AkTiF sEkAlIgUs MeNaMbAh TeNaGa bIOeLeKtRiK.lAmA kElAmAAn sEkUmPuLaN 14 JuTa SarAf YaNg MeMbEnTuK oTaK KiTa YaNg SaLiNg MeMpEnGaRuHi SeKuMpUlAn 16 JuTa SaRaF tUbUh SuPaYa TuRuT aKtIf DaN sAlInG BerInTerKsI.

PaDa mAsA YaNg SaMa,SeMaSa BerZikIr OtAk KiTa MeNjAdI aKtIf sEcArA KeSeLuRuhAn DiSeBaBkAn SeMuA aKtIvItI zIKiR yAnG kiTA LaKukAn TaDi nATijAh DArIpAdA aLIrAn iNtERaKsI bIoElEkTrIk yAnG TiDaK tERbAtAs ItU.jUsTeRu,oTaK YaNg SeLalU BerzIKiR tERdOrOnG MeMaHaMi pERkArA bArU.

iAnYa mAmPu MeLiHaT dArI seGi PeRsPeKtIf dArI SuDut bERbEzA,sEmAkIn KrItIs DaN kReAtIf .oTaK yAnG sEgAr DaN cERgAs SEcArA tIDaK lAnGsUnG mEmPeNgArUhI hAtI kiTa UnTuK MeLaKukAn KeBaIKaN dAn MeNerIMa KeBeNaRaN.

hAsIl kAjIaN maKmaL mEMbUKtIkAn oTaK mAmPu bErTiNdAk bAlAs ApAbILa DiUlAnGi PerKaTaAn YaNg SaMa.DaLaM sAtU ujIaN imbASaN yAnG mEnGukUr kaDaR aKtIvItI OtAk MaNuSiA Di UnIvERsItI oF WaShInGtOn,sUkArElAwAn dIbERikAn sAtU senArAi peRkAtAAn BeNdA.MeReKa dIKeHeNdAkI MeMbAcA SeTiAp PeRkAtAan TerSeBuT SaTu PerSaTu DaN mEnGAiTkAn pErKaTaAn2 dEnGaN kAtA KerJa YaNg bERkAiTaN.

aPaBilA SuKaReLaWAn MeLaKukAn TuGas mEREkA ,iMbASaN Di BeBerApA BaHaGiAN bErBeZa oTaK mEmPaMerKaN pEnInGkAtAn AkTivItI sArAf,TerMaSuK Di bAhAgIaN dEpAN OtAk dAn KoRTeKs.

mEnArIKnYa,ApAbILa SukAreLaWAn MeNgUlAnGi PerKaTaan YaNg SAmA bErULaNg KaLi,AkTiViTi SArAf OtAk MerEbAk Ke kAwaSaN lAin DaN MEnGaKtIfKaN kAWaSaN lAin.

ApAbILa SeNaRaI pERkAtAAn BaRu DiBerIKaN kEpADa SukAreLawaN ,aKtIvItI saRaf KeMBaLi mEnInGkAt dI kAWaSAn PertAmA.InI seKaLIgUs mEmBukTikAn SEcArA saInTiFiK bAhAWa pERkAtaaN yAnG dIUlAnG aCaPKaLi sEpERtI BerZikIr,MeMUJi NaMa2 ALLAH,tERbUKtI mEnInGkAtKaN KeCerGaSaN oTaK dAN MeNaMbAhKaN KeMaMpUaNNYa.

PeNeMuAn MeNaKjUbKaN inI dImUaTkAn DaLaM mAjAlAh Scientific American YaNg DiTerBiTkAn PadA 1993.tAtKaLa SAiNtIs BaRaT mEnEmUI kEaJaIbAn Ini,KiTa sEbAgAi mAkHlUk rAbbUL iZAtI SuDaH LaMa MeNgAmAlkAnnyA DaN MeNdApAt MaNfaaTnYa.

TeTaPi,aPa yAnG sEdIh MasIh RaMaI umAt IsLaM yAnG mEmAnDaNg REnDAh DaN MeNgAbAikAn KePeNtINgAn beRzIKir SEbAlikNyA sUKa MeNyAnYI DAn BerHiBuR.

mAkA bEnArLaH KaTa2 ALLAH swt YaNg BerMaKsUD:" MaKa InGaTlAh KePaDaAkU,sUPaYa AkU INgAt kEpAdA kAmu"(SurAh aL-bAqaRaH,aYaT 152)

Rabu, 24 Jun 2009

FaDhIlAt DI BuLaN rEjAb(bUlAn ALLAH)

Pada 24 Jun 2009 (Rabu) yang lalu..kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Marilah bersama kita lihat ada apa di sebalik bulan Rejab itu.

Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahawa bulan Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt
2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab /Isra Mi'raj (Isnin, 20 Julai 2009) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (24, 25, 26 Jun 2009) maka ALLAH swt akan memberikan pahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."

Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi'raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wan gi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"

Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ini."

Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."

Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan so lat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


sUaRa dArI kUbUr...


SUARA YANG DIDENGAR OLEH MAYAT

Yang Akan Mengikut Mayat Ada Tiga Perkara iaitu;
1. Keluarga
2.. Hartanya
3. Amalnya

Ada Dua Yang Kembali Dan Satu akan Tinggal Bersamanya iaitu;
1. Keluarga dan Hartanya Akan Kembali
2. Sementara Amalnya Akan Tinggal Bersamanya.

Maka ketika Roh Meninggalkan Jasad ..... Terdengarlah Suara Dari Langit Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Apakah Kau Yang Telah Meninggalkan Dunia, Atau Dunia Yang Meninggalkanmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengumpul Harta Kekayaan, Atau Kekayaan Yang Telah Mengumpulmu
· - Apakah Kau Yang Telah Menumpuk Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menumpukmu
· - Apakah Kau Yang Telah Mengubur Dunia, Atau Dunia Yang Telah Menguburmu.'

Ketika Mayat Tergeletak Akan Dimandikan .....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Mana Badanmu Yang Dahulunya Kuat, Mengapa Kini Terkulai Lemah
· - Mana Lisanmu Yang Dahulunya Fasih, Mengapa Kini Bungkam Tak Bersuara
· - Mana Telingamu Yang Dahulunya Mendengar, Mengapa Kini Tuli Dari Seribu Bahasa

· - Mana Sahabat-Sahabatmu Yang Dahulunya Setia, Mengapa Kini Ghaib Tak Bersuara'


Ketika Mayat Siap Dikafan ...Suara Dari Langit Terdengar Memekik,'Wahai Fulan Anak Si Fulan
· - Berbahagialah Apabila Kau Bersahabat Dengan RedhaMU
· - Celakalah Apabila Kau Bersahabat Dengan Murka Allah
· - Kini Kau Tengah Berada Dalam Sebuah Perjalanan Nun Jauh Tanpa Bekal
· - Kau Telah Keluar Dari Rumahmu Dan Tidak Akan Kembali Selamanya
· - Kini Kau Tengah Safar Pada Sebuah Tujuan Yang Penuh Pertanyaan.'

Ketika Jenazah Diusung.....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Berbahagialah Apabila Amalmu Adalah Kebajikan
· - Berbahagialah Apabila Matimu Diawali Taubat
· - Berbahagialah Apabila Hidupmu Penuh Dengan Taat.'

Ketika Mayat Siap Disembahyangkan ....Terdengar Dari Langit Suara Memekik, 'Wahai Fulan Anak Si Fulan..
· - Setiap Pekerjaan Yang Kau Lakukan Kelak Kau Lihat Hasilnya Di Akhirat
· - Apabila Baik Maka Kau Akan Melihatnya Baik
· - Apabila Buruk, Kau Akan Melihatnya Buruk.'

Ketika Mayat Dibaringkan Di Liang Lahad ...... terdengar Suara Memekik Dari Langit,'Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· Apa Yang Telah Kau Siapkan Dari Rumahmu Yang Luas Di Dunia Untuk Kehidupan Yang Penuh Gelap Gulita Di Sini
Wahai Fulan Anak Si Fulan...
· - Dahulu Kau Tertawa, Kini Dalam Perutku Kau Menangis
· - Dahulu Kau Bergembira,Kini Dalam Perutku Kau Berduka
· - Dahulu Kau Bertutur Kata, Kini Dalam Perutku Kau Bungkam Seribu Bahasa.'

Ketika Semua Manusia Meninggalkannya Sendirian... .. Allah Berkata Kepadanya, 'Wahai Hamba-Ku.... .
· Kini Kau Tinggal Seorang Diri
· Tiada Teman Dan Tiada Kerabat
· Di Sebuah Tempat Kecil, Sempit Dan Gelap..

· Mereka Pergi Meninggalkanmu. ... Seorang Diri

· Padahal, Kerana Mereka Kau Pernah Langgar Perintahku
· Hari Ini,....
· Akan Kutunjukan Kepadamu
· Kasih Sayang-Ku
· Yang Akan Takjub Seisi Alam
· Aku Akan Menyayangimu
· Lebih Dari Kasih Sayang Seorang Ibu Pada Anaknya'.

Kepada Jiwa-Jiwa Yang Tenang Allah Berfirman , 'Wahai Jiwa Yang Tenang
· Kembalilah Kepada Tuhanmu
· Dengan Hati Yang Puas Lagi Diredhai-Nya
· Maka Masuklah Ke Dalam Jamaah Hamba-Hamba- Ku
· Dan Masuklah Ke Dalam Jannah-Ku'

Ahad, 21 Jun 2009

SePetAnG Di dUsUn BuAh-bUaHaN ...

bArU2 iNi ANA bERsAma -sAmA RaKaN aNa PeRgI kE DuSuN bUaH-bUAhAn RaKaN ana,masyaallah byk buah-buahan di sAnA..iKuTi aKtIvItI ana...


TahAn Ke Ni...

Eh..MoDeL mANggIs Ke nI..
Ya ALLAH..sEdApNyE..

sEDaPKaN...eH mAggIs 2 hIaSan kE UtK mKn???
tGh mEnGkAji mAnggIs Ni
ErM..JolOk Pe 2 ..


P/S:ALHAMDULILLAH..dGn CaRa InI,,uKhWaH pERsAhAbAtAn AnA sEmAkiN erAt..

Sabtu, 20 Jun 2009

KISaH YaNg MeNyEnTuH hAtI...

Pada kali ni ana tergerak untuk mendedahkan tentang satu cerita yang amat menyentuh hati ana. Memang tersentuh jiwa raga ana,baca cerita Malek Noor dan kisah insafnya..ini ana ambil dari email yang diberi oleh abang sulung ana..renungkanlah ya sahabat...

Bacalah dengan teliti:

Patut lebih banyak selebriti-selebriti tampil dan ceritakan seperti apa yang Malek Noor cerita ni. Barulah boleh bagi role model sikit kat rakyat Malaysia .

Baca artikel ini selengkapnya untuk ketahui kisah Malek Noor dan cerita insafnya.

SETELAH lebih 10 tahun tidak berjumpa dengan Malek Noor, 53, ternyata jaguh bina badan Asia peringkat heavyweight sebanyak enam kali ini amat berbeza daripada dulu.

Kalau dulu, apabila berjumpa mulutnya becok tak henti-henti bercakap pelbagai topik yang melucukan. Tetapi pertemuan minggu lalu menampakkan sisi lain Malek.

Sifat lucu dan becoknya hilang tiba-tiba dan yang nyata Malek hari ini tidak sama dengan Malek ketika baru berlakon filem Ujang pada akhir tahun 1980-an.

Perbualan petang itu berkisar tentang aktivitinya hari ini. Selain menjalankan perniagaan membekal barangan fitness di bawah syarikatnya Sportec’s Divemate Sdn. Bhd. Malek juga berlakon dan kini sedang menjalani penggambaran drama Damak dengan memegang watak Tok Guru.

Perbualan yang rancak petang itu, tiba-tiba menjadi hening seketika apabila Malek membuka rahsia hidupnya yang selama ini dipendam tanpa pengetahuan sesiapa.

“Dalam hidup saya hari ini, sebenarnya saya hanya mencari satu sahaja iaitu keredaan Allah. Walau apa juga yang saya lakukan untuk hidup, kejujuran adalah penting.

“Setiap waktu dan ketika saya sentiasa berdoa kepada Allah semoga menerima ibadat saya, ampunkan dosa saya dan semoga Allah tetapkan iman saya dan menjadikan saya manusia yang soleh,” kata Malek dengan suara sebak.

Siapa sangka, seorang jaguh bina badan yang nampak gagah dan perkasa tiba-tiba menjadi seorang yang boleh dikatakan ‘lembik’ tiba-tiba.

Di satu sudut ruang coffee house di sebuah hotel di pinggir kota , Malek yang mulanya bersemangat tiba-tiba menangis menceritakan dosa-dosa yang telah dilakukan sebelum ini.

Dengan suara sebak dan mata berkaca, Malek Noor bercerita:

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya betul-betul insaf sekarang. Setiap saat dan ketika sentiasa berdoa semoga Allah mengampunkan dosa-dosa saya.

“Dulu saya jahat. Saya tidak ingat mati tapi…kini saya betul-betul insaf. Kini setiap waktu walau sesibuk mana pun saya akan hadkan sekurang-kurangya 10 minit untuk menunaikan solat.

“Saya terlalu banyak buat dosa. Saya makan dan minum benda-benda haram. Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya takut, saya taubat dan saya menyesal.

“Andai waktu boleh berputar, saya ingin kembali zaman kanak-kanak. menjalankan kewajipan sebagai seorang Muslim yang sejati,” luahnya.

Zaman kanak-kanak

Mungkin ramai yang tidak tahu, ketika zaman kanak-kanak lagi Malek merupakan anak yang susah hendak berpuasa. Kalau berpuasa pun cuma di depan keluarga. Di belakang, Malek curi-curi makan dan minum. Tetapi itu di zaman kanak-kanak, apa yang dibuat mungkin manis didengar.

Bukan itu sahaja, malah sejak berusia 12 tahun dan sehingga umur meningkat 46 tahun, sebenarnya Malek tidak pernah berpuasa, apa lagi menunaikan solat lima waktu sehari.

“Saya lupa pada tanggungjawab sebagai seorang Muslim. Saya tak sembahyang, saya tak berpuasa. Kesibukan saya merantau di Amerika dan Hong Kong selama lebih 30 tahun mengumpul harta kekayaan membuatkan saya lalai.

“Ya Allah betapa besarnya dosa saya. Saya tidak pernah mensyukuri nikmat yang Allah berikan. Apa yang ada dalam fikiran saya hanya mencari harta dan nama.

“Sehinggalah suatu hari pada tahun 2002 semuanya berlaku tanpa saya duga. Ketika itu saya dengan berseluar pendek berdiri di Penthouse saya berdepan dengan bangunan KLCC.

“Tiba-tiba saya terdengar azan sayup dari masjid berhampiran dan meresap ke jiwa saya. Saat itu saya jadi tak tentu arah. Saya masuk ke rumah dan berpusing-pusing entah berapa kali dan saya tak tahu apa yang saya cari.

“Selepas berpusing-pusing macam orang gila, satu jam saya tak bertenaga. Saya menangis dan terus menangis. Tiba-tiba saya teringat sesuatu dan terus berwuduk kemudian menunaikan solat Maghrib. Esoknya saya ke Jalan Masjid India dan membeli pelbagai kitab mengenai Islam dan saya turut membeli sebuah al-Quran,” cerita Malek.

Bagi Malek, walaupun keinsafan dan kesedaran itu datang ketika usianya 46 tahun, dia tetap bersyukur kerana tahu Allah masih sayangkannya. “Malam selepas saya bersolat taubat, saya bermimpi didatangi arwah ibu, Jariah Ahmad yang menaburkan bunga emas pada saya.

“Selepas peristiwa itu saya pergi semula ke Hong Kong tetapi bukan untuk menetap di sana . Sebaliknya saya uruskan pemindahan syer perniagaan KK Design dengan rakan kongsi sebab saya memang tidak mahu menetap di sana .

“Ketika itu saya sudah membuat keputusan, saya mahu menetap di Malaysia untuk mencari seorang Muslim yang soleh. Bukan itu sahaja, malah saya mahu menjejaki akar umbi budaya Melayu yang telah lama saya lupakan.

“Setelah semuanya selesai, sejak 2006 saya terus menetap di KL dan tidak lagi ke Hong Kong . Kini saya benar-benar merasakan hidup ini amat bahagia dan tenang.

“Dalam kotak fikiran saya, hanya mahu melakukan suruhan Allah dan berbakti kepada masyarakat. Saya tidak sanggup lagi hidup bergelumang dosa dan noda.

“Cukuplah apa yang saya dah lakukan selama ini. Saya benar-benar insaf. Sejak itulah semua piala yang saya menang sebagai Mr. Asia saya buang.

“Dulu rumah saya penuh dengan patung-patung, tapi…semua saya dah buang. Kini rumah saya hanya dihiasi ayat-ayat suci al-Quran.

“Saya amat bersyukur kepada Allah kerana sejak saya bertaubat, sudah tiga kali saya khatam membaca al-Quran. Bukan itu sahaja, malah sejak tahun 2006 saya sudah menunaikan puasa enam, syukur Alhamdulillah,” kata Malek.

Kini kata Malek, walau apapun yang dilakukan oleh kawan-kawannya beliau tetap bersabar. Malah ada kawan yang meminjam duitnya dalam jumlah yang begitu banyak dan tidak mahu membayar semula, dia tidak pedulikan semua itu.

“Sekarang saya benar-benar reda dengan apa yang berlaku. Sama ada dia mahu bayar atau tidak, saya halalkan kerana bagi saya semua itu hanya harta dunia.

“Kini hidup saya mencari keredaan Allah. Insya-Allah saya akan tunaikan umrah tidak lama lagi dan jika diizinkan saya juga mahu menunaikan haji tahun ini,” Malek menyambung cerita.

Menurut Malek, semua yang dilakukan kerana sedar Allah benar-benar sayangkannya dan menerima taubatnya.

Bukan itu sahaja, malah mimpi berjumpa arwah ibunya yang memimpinnya masuk ke Masjidil Haram dan terus sampai di depan Kaabah benar-benar menggamit hati dan nalurinya untuk ke sana .

“Selepas saya menunaikan rukun Islam yang kelima, jika ada jodoh saya mahu berumah tangga dan membina keluarga bahagia yang hidup berlandaskan Islam.

“Penghijrahan saya ini bukan sahaja memberi kesan kepada saya, malah adik beradik yang lain juga gembira. Sebab itu saya nasihatkan anak-anak saudara saya kalau buat jahat pun biarlah ada ruang untuk kita bertaubat di hati ini,” kata Malek yang juga pernah membintangi filem Juara, Rimba Malam, Kelisa, Pendekar Mata Satu dan yang terakhir Sahabat pada tahun 1999.

Khamis, 18 Jun 2009

mUkJIzAt BaSmALaH..AmAlKaN Ye

Mukjizat di sebalik BASMALAH


BASMALAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR
ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih lagi Maha
Penyayang."


KELEBIHAN-KELEBIHAN BASMALAH


1.. Yang pertama ditulis Qalam adalah BISMILLAH. Maka apabila kamu menulis
sesuatu, maka tulislah BISMILLAH pada awalnya kerana BISMILLAH tertulis
pada setiap wahyu yang Allah turunkan kepada Jibrail.

2. "BISMILLAH untukmu dan umahmu, suruhlah mereka apabila memohon sesuatu
dengan BISMILLAH. Aku tidak akan meninggalkannya sekejap mata pun sejak
BISMILLAH diturunkan kepada Adam.." (Hadith Qudsi)

3. Tatkala BISMILLAH diturunkan ke dunia, maka semua awan berlari ke arah
barat, angin terdiam, air laut bergelora, mendengarkan seluruh binatang
dan terlempar semua syaitan.

4. Demi Allah dan keagunganNya, tidaklah BISMILLAH itu dibacakan pada
orang sakit melainkan menjadi ubat untuknya dan tidaklah BISMILLAH
dibacakan di atas sesuatu melainkan Allah beri berkat ke atasnya..

5. Barangsiapa yang ingin hidup bahagia dan mati syahid, maka bacalah
BISMILLAH setiap kali memulakan sesuatu perkara yang baik.

6. Jumlah huruf dalam BISMILLAH ada 19 huruf dan malaikat penjaga neraka
ada 19 ( <<http://qs.al/>QS.AL Muddatsir:30).Ibnu Mas ' ud berkata:
"Sesiapa yang ingin Allah selamatkan dari 19 malaikat neraka maka bacalah
BISMILLAH 19 kali setiap hari."

7. Tiap huruf BISMILLAH ada JUNNAH (penjaga/khadam) hingga tiap huruf
berkata, "Siapa yang membaca BISMILLAH maka kamilah kekuatannya dan
kamilah kehebatannya."

8.. Barangsiapa yang memuliakan tulisan BISMILLAH nescaya Allah akan
mengangkat namanya di syurga yang sangat tinggi dan diampunkan segala
dosa kedua orang tuanya..

9. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH maka akan bertasbihlah segala
gunung kepadanya..

10. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 21 kali ketika hendak
tidur, maka akan terpelihara dari gangguan syaitan, kecurian dan
kebakaran, maut mendadak dan bala.

11. Barangsiapa yang membaca BISMILLAH sebanyak 50 kali di hadapan orang
yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah
keberanian dan kehebatan kepada si pembaca.

Isnin, 15 Jun 2009

inIkU aMbIl DaRi nOvEL kEtIkA cInTa bERtASbIh TeNtAnG cInTa...
bAgIku, CiNtA aDaLAh KeKuAtAn, IaNyA aDa KeMaMpUaN, mEnGuBaH DuRi MeNjAdI MaWaR, mEnGuBaH CuKa MeNjAdI AnGGuR, mEnGubAh MaLaNg mEnJaDi TuAh, mEnGuBaH SedIh MeNjAdI RiAnG, MeNGuBah SyAItAN mENjAdI nAbi, mEngUBah IbLis MEnjAdi MalAIKat, mEnGuBah sAkiT MeNjADi SiHat, MeNGuBaH keDEkuT MenJADI derMawaN, MeNguBah KanDaNG mENjADI tAmAn, mEnGubAh pENjAra MenJadi iStAnA, MeNgAuBaH AmArAh mEnJaDi RaMaH, mEnGuBaH MuSiBaH MeNjAdI MuhIbbAh, ItUlAh CINTA...


P/S:cInTaLaH SeSeOrAnG iTu KeRaNa ALLAH,MuDaHaN hIdUp kItE BaHaGiA,INSYAALLAH...

Sabtu, 13 Jun 2009

Selasa, 9 Jun 2009

NiLAh yAng SeBeNArNyA BErLaKu..maSyaALLAH

O => Jewish Supermarket
Sekitar tahun 2000 akhbar The London Jewish News
( www.ljn.co.uk ) diedarkan secara percuma di kesemua
cawangan Tesco di seluruh England .

Ini ialah akhbar Yahudi yang memberikan sokongan
secara terbuka untuk regim ganas Zionis di Israel.

Pengasasnya ialah Sir Jack Cohen berasal dari keluarga
Yahudi yang kaya raya. Nama pasaraya Tesco
diambli daripada nama isterinya Tessa Cohen.

Disamping mempromosi produk Israel di rangkaian
pasarayanya di seluruh dunia, mereka juga telah
membuat perjanjian perniagaan dengan syarikat perisian
Israel yang berjumlah jutaan dollar.

Jack Cohen lahir pada 6 Oktober 1898 dan meninggal
dunia pada 24 Mac 1979 dan dikebumikan di Tanah
Perkuburan Yahudi Willesden, London , England .

Anda boleh sahkan maklumat ini dengan hanya membuat
"search" di internet dengan menaip "Tesco Jewish" dan
anda akan dapat pelbagai laman web Yahudi
yang dikaitkan dengan Tesco.

Keputusan ditangan anda sekiranya anda mahu menyokong
Yahudi dengan mempertingkatkan ekonomi mereka apabila
anda membeli belah di Tesco.

Ahad, 7 Jun 2009

NiLAh YaNg MeNYeBaBkaN sTaDiUm SuLtAm MIzAn RunTUh...

ini ana dapat bile ana cek email ana..abang ana bgi....buat renungan kite bersama.......

InilAh KeAdAAnnYA,mASyaALLAH...



iNiLAlaH sEbAbYa...he...hE...naK tAu SeBaB aPe...LIhAt DiBaWaH...



uLtRaMaN tGh TEngok BolA....He...he...


p/s:JgN tERpEnGaRuH dGn AnASir2 lUar Ye SAhAbAt...








Sabtu, 6 Jun 2009

hAyAtiLAh....

iNiLAh kArYa yAnG mEnGusiK jIwA Ana

kita ini tetamu senja


Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila tiba detik kembalilah kita kepadaNya
Kita datang ini kosong tangan kosong dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada tuhan kepada insan
Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka kepada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke biru laut ke kuning darat
Harus kita lekas segera sedar pada tugas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawalah bakti padat berkat

A.Samad Said

Ku bErSeRaH PaDAmU yA rabbUl iZZaTI....

PadaMU ku serah segala

Hatta sepenuh jiwa raga

Hanya KAU yang Maha Pemurah

Meredakan hati yang gundah

Ya Allah

PadaMU ku curah segala

Perasaan yang melara

Engkaulah yang punyai cinta membawa ku ke puncak nasuha

Ku kesali kealpaan diriku

Ku tangisi kesilapan lalu

Walaupun sekali takkan ku ulangi

Ya Allah Tuhanku bantulah hambaMU

Jangan biarkan diriku terus dibelenggu

Ampuni dosa ku

Terangi hati ku

Izinkan ku kembali ke jalan redhaMU

Tiada lain yang ku harapkan

Hanya kasih sayangMU Tuhan

Membawa ku ke rimbun keampunan

Ya Allah

PadaMU ku serah segala

Ku kesali kealpaan diriku

Ku tangisi kesilapan lalu

Walaupun sekali takkan ku ulangi

Ya Allah Tuhanku

Bantulah hambaMU

Jangan biarkan diriku terus dibelenggu

Ampuni dosa ku

Terangi hati ku

Izinkan ku kembali ke jalan redhaMU

Tiada lain yang kuharapkan

Hanya kasih sayang MU Tuhan

Membawa ku ke rimbun keampunan

Ya Allah

PadaMU ku serah segala

bAcAlAh wAhAi tEmAn...inSaFILaH dIrI KiTa....

BILA NAFSU BERBICARA


Tak pe, awal lagi nak solat pun…

Tak pe, pandang sekali je rezeki nie…

Tak pe, exam lambat lagi….

Tak pe, bos bukan tau kalau balik keje awal…

Tak pe , dah tua sok barulah taubat byk2….


Budaya Tak pe telah lama menguasai umat ini, menyebabkan kita sering ketinggalan dan dianggap mundur dari segenap bidang sama ada dari sudut ukhrawi mahupun duniawi. Kenapa budaya ini meresap dalam relung hati kita hingga kita menjadi umat yang hina walaupun hakikatnya kita sepatutnya mulia dengan keIslaman ini. Kenapa budaya ini cukup sebati dalam diri masyarakat kita sedangkan Islam cukup membenci budaya yang melengah-lengahkan amalan kebaikan dan membiasakan diri dengan amalan kejelekan seperti di atas. Kerana bila nafsu berbicara, iman menjadi bisu tanpa bicara lalu tubuh mula melakukan aksi yang bakal membinasakan kehidupan sang manusia yang memakai baju Islam dan Muslim itu.

Bila nafsu berbicara, ibadah menjadi suatu yang diambil mudah seperti mudahnya kita menanggalkan pakaian dari tubuh lantas solat hanya dilakukan sekadar untuk melengkapkan diri dengan title seorang Muslim dan bukan sebagai suatu keperluan dalam kehidupan seorang Muslim yang bakal menjauhkan diri dari terjebak dengan perbuatan keji dan mungkar

….Sesungguhnya solat itu mencegah dari (perbuatan- perbuatan) keji dan mungkar.[Al Ankabuut 29:45]

Bila nafsu berbicara, solat hujung lima waktu itu tidak mampu menurunkan pandangan melihat yang haram hingga menjadi santapan harian yang cukup enak apatah lagi hidangan itu terlupa untuk ditutup dengan tudung saji namun sekadar ditutup dengan sehelai kain sapu tangan lutsinar hingga mampu menggoncang dada untuk berdenyut melebihi paras normal seorang manusia dan mula terpaut dihati hingga berlakulah pertemuan dan berbalas hadiah serta menyambut tarikh khurafat 14 Februari dan nafsu semakin kuat berbicara……. Pandang jangan tak pandang….

Bila nafsu berbicara, bukan sekadar nilaian ukhrawi semakin kurang bahkan nilaian dunia juga diabaikan hingga pelajaran sudah menjadi suatu yang membebankan, menjadikan diri malas untuk menelaah pengajian, malas mengikuti pengajian, malas memahami makna sebuah pendidikan. Justeru itu, lahirlah generasi yang mempunyai tahap akademik yang baik tapi belum mampu mendapatkan pekerjaan hingga pelbagai bantuan harus disalurkan namun masih ramai yang menganggur kerana kualiti pendidikan yang cukup lemah dan siapakah yang patut dipersalahkan sistem pendidikan atau sikap semasa berada dalam sistem tersebut. Dan nafsu semakin lantang bersuara…Rilek lah brother/sister, exam nanti kita pakat tiru ramai-ramai….

Bila nafsu berbicara, hatta setelah mendapat pekerjaan yang dapat menampung kehidupan dengan gaji yang boleh dikatakan oklah, maka segala tugas dilakukan secara sambil lewa, datang kerja pada awal waktu tapi mula kerja pada hujung waktu, balik kerja pada waktu yang ditentukan namun cabut awal dari waktu sebenar dibantu rakan sekerja yang prihatin dan amanah sebagai duta untuk punch cardkan. Masalah birokrasi mula diselitkan dengan sebuah income tambahan jika ingin mempercepatkan urusan lalu mula menggeletar saat Badan Pencegah Rasuah menyiasat kerana pasti tidak akan dipilih sebagai calon nantinya….maka nafsu semakin ghairah bersuara…. Keje biasa-biasa je, janji duit masuk …

Bila nafsu berbicara, masa terus berlalu dan berlalu walhal kita masih lagi bergelimang dengan dosa dan noda, budaya Tak pa masih menjadi iktikad yang kuat dalam diri dan kehidupan hinggalah tiba saat rambut mula menjadi seindah warna kapas, kulit mula menunjukkan kekurangan otot-ototnya dan badan semakin ingin menyembah bumi lantas barulah tersedar dari lamunannya dan terkenang zaman tak panya dulu, lalu kaki mula tergerak untuk menaiki tangga surau dan masjid hingga berbondong-bondong warga emas ini mengikuti pengajian dan memohon taubat atas kealpaaannya selama hidupnya yang sudah tiba ke penghujungnya. AlhamduliLLAH jika masih sempat bertaubat dan kembali menyesal atas dosa-dosa lalu cuma perubahan yang kita dambakan pastinya sudah samar-samar akibat lambatnya kita menyedari kesilapan dan kelalaian sendiri. Tetapi bagi mereka yang masih belum tiba waktu tuanya pasti membiarkan nafsu membesarkan suaranya dalam relung hati masing masing…….. Tak pa, life start at forty, still have time…yang penting kita enjoy!!!!!

Bila nafsu berbicara, kita sering tewas dan terpaksa mengalah dengannya, alangkah ruginya andai kita tidak mampu mendidik nafsu ini ke arah yang diredhai-Nya, alangkah ruginya masa-masa kita jika nafsu ini masih dibiarkan untuk berbicara sekehendaknya hingga mampu menyesatkan kita dari jalan kebenaran-Nya, alangkah ruginya kita bila merasa seronok dengan perbuatan yang hanya memuaskan nafsu diri yang pastinya tidak pernah puas selama-lamanya hingga kematian menjemput kita. Adakah nafsu kita masih berbicara??

Bila nafsu berbicara, pastikan imanmu juga berbicara bahkan dengan suara yang dapat menundukkan nafsu itu dari menguasaimu, maka menjadi kewajipan untuk menguatkan imanmu dengan akidah yang bersih, ibadah yang dapat dirasakan kemanisannya dan akhlak yang indah dari segi dalaman dan luaran sebagai tanda ibadahmu memberi kesan bukan sahaja kepada dirimu bahkan kepada masyarakat sekelilingmu. Dan nafsu itu masih lagi berbicara tapi bicaranya bukan lagi ke arah kejelekan bahkan ke arah kebaikan. Siapakah pemilik nafsu yang diberi rahmat ini??? Berdoalah agar kita salah seorang daripadanya wahai teman-temanku.

Dan aku tidak membebaskan diriku (dari kesalahan), karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyanyang.[Yusuf 12:53]

Dari Abu Muhammad Abdullah bin Amr bin Ash ra berkata; RasuluLLAH saw bersabda, Tidak beriman seseorang di antara kalian sehingga hawa nafsunya mengikuti ajaran-ajaran yang aku bawa.[Hadith 41 dr Hadith Arbain An Nawawiyah]

….Dan sesungguhnya kebanyakan (dari manusia) benar benar hendak menyesatkan (orang lain) dengan hawa nafsu mereka tanpa pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia-lah yang lebih mengetahui orang-orang yang melampaui batas.[Al Anaam 6:119]

Andaikata kebenaran itu menuruti hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu.[Al Muminuun 23:71]

Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu…[Al Maidah 5:48]

…Maka janganlah kamu mengikuti hawa nafsu karena ingin menyimpang dari kebenaran….[An Nisa 4:135]


p/s:iNsAfiLaH AgAr kItE BeRuBaH....