Sabtu, 27 Jun 2009

MaKANaN yANg MeNcEgAh KaNsEr..

Allah berkata dalam surah al-Baqarah,ayat 172"Wahai orang-orang beriman,makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah jika benar-benar hanya kepadaNya kamu menyembah".Imam Qurtubi mentafsirkan'rezeki yang baik-baik'sebagai 'makanan yang bermanfaat daripada segala sudut'Di antara khasiat yang terdapat pada sesetengah makanan yanag perlu dimanfaatkan adalah ia dapat mencegah kanser.Sehubungan dengan itu,menurut Abu Daud dan Tarmizi,Aisyah melaporkan bahawa"Rasulullah saw pernah memakan buah tembikai bersama-sama dengn buah tamar(kurma)yang basah".

Majalah Lancet 1999 melaporkan,lebih kurang 1.5 juta wanita di negara-negara maju disahkan mengidap kanser setiap tahun dan majoritinya adalah kanser payudara.Mengikut Persatuan Kanser Amerika,setiap seorang daripada dua orang lelaki mempunyai risiko mengidap kanser dan bagi wanita,setiap seorang daripada tiga orang.Daripada jumlah keseluruhan kematian yang berlaku setiap tahun di Amerika,satu daripada empat berpunca daripada penyakit kanser.Bagi tahun 2002,dianggarkan 1,200,000 kes baru dikesan dan lebih kurang 1,500 kematian akan berlaku setiap hari,hanya disebabkan oleh kanser.

Ana akan menerangkan serba sedikit tentang khasiat antikanser dalam makanan:

Makanan dan minuman yang berkhasiat adalah senjata utama mencegah kanser ataupun barah.Mengikut kajian yang dilakukan oleh Institut Kanser Kebangsaan Amerika,satu pertiga daripada penyakit kanser berpunca daripada makanan yang diambil.Justeru pengawalan makanan adalah penting bagi mencegah kanser ini.Di antara bahan-bahan antikanser yang terdapat didalam makanan adalah antioxidant seperti vitamin C,vitamin E,dan selenium.Antioxidant berfungsi sebagai menghalang bahan-bahan yang bernama radikal bebas atau free radicals daripada bertindak ke atas sel-sel badan.

Bahan-bahan ini apabila dibiarkan,akan bertindak ke atas sel-sel sehingga akhirnya,ia dengan mudah bertukar manjadi kanser.Antioxidant juga berfungsi memperbaiki sel-sel badan yang rosak.Salah satu bahan antioxidant yang banyak dikaji oleh ahli-ahli sains ialah BETA-CAROTENE,yang terdapat di dalam sayuran berwarna hijau,kuning dan jingga seperti lobak merah dan bayam.Mengikut kajian di Universiti Harvard,beta-carotene ini berfungsi membunuh sel-sel kanser di samping mampu mengubah protein yang diperlukan oleh sel-sel kanser untuk tumbuh kepada bentuk yang lain.Di dalam badan manusia,beta-carotene ini boleh bertukar menjadi asid retinoik yang berfunsi membunuh sel-sel kanser.

Di samping itu,terdapat sebahagian makanan terutamanya kulit gandum atau wheat bran,mampu mengecilkan dan sekaligus menghalang pengembangan sel-sel prakanser yang terdapat di dalam badan.Rumusan ke atas 170 kajian yang dilakukan di 17 buah negara di dunia mendapati,mereka yang banyak mengambil sayuran dan buah-buahan mempunyai risiko 50% lebih rendah diserang kanser,terutamanya kanser paru-paru,usus besar,oesafagus,serviks.mulut,perut,pundi kencing,pankreas dan ovari berbanding mereka yang lain.Di antara sayuran dan buah-buahan yang mempunyai bahan antikanser adalah seperti:

Tomato

Sayuran yang kaya dengan vitamin C,vitamin B,magnesium dan kalsium.Salah satu bahan antikanser yang terdapat di dalam tomato adalah lycopen,yang berfungsi mencegah kesan negatif radikal bebas ke atas sel-sel di dalam badan,di samping mampu mencegah kanser prostat bagi lelaki dan kanser pankreas secara umumnya.Bahan lycopene ini juga boleh didapati dalam buah tembikai.Seseorang yang kekurangan bahan ini mempunyai risiko lima kali ganda diserang barah pankreas.

Sayuran hijau

Mengikut kajian dari Itali,sayuran hijau seperti bayam,salad dan kubis mengandungi banyak bahan-bahan antikanser seperti beta-carotene,lutein dan asid folik.

Bawang

Bawang putih dan merah juga mengandungi banyak bahan antikanser.Satu kajian yang dilakukan di Universiti Pennsylvania,mendapati bahan-bahan ini mampu mengecutkan ketumbuhan payudara iaitu sebanyak 71%.Ia juga didapati mampu mencegah barah usus dan perut.Mengikut satu kajian di Jerman,bawang mempunyai bahan yang dikenali sebagai ajoene,yang bertindak sebagai bahan toksik kepada sel-sel barah.Tmabahan daripada itu,para pengkaji dari Fakulti Perubatan Universiti Loma Linda di Florida mendapati,bawang mempunyai bahan sebatian belerang atau dalam sains dipanggil sulphur compounds yang mampu merangsang sistem pertahanan seseorang dengan meningkatkan aktiviti sel-sel macrofaj dan T-limfosit yang berfungsi membunuh sel-sel kanser dalam tubuh.

Ikan Salmon

Ikan salmon,pelata atau mackerel dan sardin mempunyai asid lemak omega-3 yang mampu mencegah seseorang itu daripada serangan jantung,radang sendi (artritis) dan gatal kulit atau psoriasis(penyakit kulit).Mengikut kajian,lelaki pertengahan umur yang mengambil 3 oz ikan jenis ini setiap hari,mampu mengurangkan risiko diserang penyakit jantung sebanyak 36%.Kajian juga mendapati asid lemak omega-3 berfungsi sebagai bahan antikanser di dalam badan seseorang.Kesemua maklumat ini disebutkan di dalam artikel Foods That Fight Cancer di dalam Reader's Digest terbitan bulan Mac 1994.

p/s:Kajian serba ringkas ini ana ambil dari Al-Asas fit tafsir,Said Hawa,tafsir ayat...The Journal of The Islamic Medical Association....http://www.ummah.org.uk/science/moore.htm..

Tiada ulasan: