Ahad, 16 Ogos 2009

peRKARA YAnG MErOsAkkAn pAhAlA PuAsA RaMaDhAn...


Email ini daripada sahabat ana...Mudahan dapat dimanfaatkan bersama...insyaALLAH:


Penulis : Syaikh Salim bin Ied
Al-Hilaaly, Syaikh Ali Hasan Abdul Hamid


Banyak perbuatan yang harus dijauhi oleh orang yang berpuasa, kerana kalau
perbuatan ini dilakukan pada siang hari bulan Ramadhan akan merosakkan puasanya
dan akan berlipatganda dosanya. Perkara-perkara tersebut adalah :


1. Makan dan Minum Dengan Sengaja,


Allah Azza Sya'nuhu berfirman (mafhumnya) : ?Dan makan minumlah hingga
terang bagimu benang putih dan benang hitam, iaitu fajar. Kemudian
sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam" [Al-Baqarah : 187]

Difahami (dari ayat diatas, ) bahawa puasa itu (mencegah) dari makan dan

minum, jika makan dan minum bererti telah berbuka, kemudian dikhususkan
kalau sengaja, kerana jika orang yang puasa melakukannya kerana lupa, salah
atau dipaksa, maka tidak membatalkan puasanya. Masalah ini berdasarkan
dalil-dalil.


Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud) : Jika
lupa hingga makan dan minum, hendaklah menyempurnakan puasanya, kerana
sesungguhnya Allah yang memberinya makan dan minum" [Hadith Riwayat Bukhari
4/135 dan Muslim 1155].


Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud) : Allah

meletakkan (tidak menghukum) umatku kerana salah atau lupa dan kerana
dipaksa" [Hadith Riwayat Thahawi dalam Syarhu Ma'anil Atsar 2/56, Al-Hakim
2/198, Ibnu Hazm dalam Al-Ihkam 5/149, Ad-Daruquthni 4/171 dari dua jalan
iaitu daripada Al-Auza'i , Atha' bin Abi Rabah , Ubaid bin Umar, dan daripada Ibnu
Abbas, sanadnya sahih]


2. Muntah Dengan Sengaja


Barangsiapa yang muntah kerana terpaksa , tidak membatalkan puasanya.
Rasulullah s.a.w bersabda (yang bermaksud) :
Barangsiapa yang terpaksa muntah, maka tidak wajib baginya untuk mengqadha' (menggantikan) puasanya, dan barangsiapa muntah dengan sengaja, maka wajib baginya
mengqadha' puasanya" [Hadits Riwayat Abu Dawud 2/310, Tirmidzi 3/79, Ibnu
Majah 1/536, Ahmad 2/498 dari jalan Hisyam bin Hasan, dari Muhammad bin
Sirin, dari Abu Hurairah, sanadnya Sahih sebagaimana yang diucapkan
SyaikhulIslam Ibnu Taimiyah dalam Haqiqatus Shiyam halaman 14]


3. Haidh dan Nifas


Jika seorang wanita haid atau nifas, pada satu bagian siang, baik di awal
ataupun di akhirnya, maka mereka harus berbuka dan mengqadha' jika puasanya
tidak mencukupi. dalam pada ini ,Rasulullah s.a.w bersabda (yang
maksudnya) : Bukankah jika haid dia tidak solat dan puasa ? Kami katakan :
"Ya", Beliau berkata : 'Itulah (bukti) kurang agamanya" [Hadits Riwayat
Muslim 79, dan 80 dari Ibnu Umar dan Abu Hurairah]


Dalam riwayat lain (yang maksudnya) : Berdiam beberapa malam dan berbuka di
bulan Ramadhan, ini adalah (bukti) kurang agamanya"


Perintah mengqadha' puasa terdapat dalam riwayat Mu'adzah, beliau berkata,
(yang maksudnya) : Aku pernah bertanya kepada Aisyah : ' Mengapa orang haid
mengqadha' puasa tetapi tidak mengqadha salatnya?' Aisyah berkata : 'Apakah
engkau wanita Haruri[1], Aku menjawab : 'Aku bukan Haruri, tapi hanya
(sekadar) bertanya'. Aisyah berkata : 'Kamipun haid ketika berpuasa, tetapi
kami hanya diperintahkan untuk mengqadha puasa, tidak diperintahkan untuk
mengqadha' solat" [Hadits Riwayat Bukhari 4/429 dan Muslim 335]


4. Suntikan Yang Mengandung Makanan


Iaitu memberi zat makanan ke dalam perut dengan maksud memberi makan bagi
orang sakit. Suntikan seperti ini membatalkan puasa, kerana memasukkan
makanan kepada orang yang puasa [2] Adapun jika suntikan tersebut tidak
sampai ke dalam perut tetapi hanya ke darah, maka itupun juga membatalkan
puasa,kerana cairan tersebut kedudukannya menggantikan kedudukan makanan dan
minuman. Kebanyakan orang yang pengsan dalam jangka waktu yang lama
diberikan makanan dengan cara seperti ini, seperti jauluz dan salayin,
demikian pula yang dipakai oleh sebagian orang yang sakit asma, inipun
membatalkan puasa.


5. Jima'


Imam Syaukani berkata (Dararul Mudhiyah 2/22) : "Jima' dengan sengaja, tidak
ada ikhtilaf (perbezaan pendapat) padanya bahawa hal tersebut membatalkan
puasa, adapun jika jima' tersebut terjadi kerana lupa, maka sebagian ahli
ilmu menganggapnya sama dengan orang yang makan dan minum dengan tidak
sengaja"


Ibnul Qayyim berkata (Zaadul Ma'ad 2/66) : "Al-Qur'an menunjukkan bahawa
jima'membatalkan puasa seperti halnya makan dan minum, tidak ada perbezaan
pendapat akan hal ini".


Diizinkannya bergaul (dengan isteri) di malam hari, (maka boleh) difahami dari

sini bahawa puasa itu dari makan, minum dan jima'. Barangsiapa yang merosakkan
puasanya dengan jima' harus mengqadha' dan membayar kafarah, dalilnya adalah
hadits yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Radhiyallahu 'anhu (dia berkata)
:"Pernah datang seseorang kepada Rasulullah s.a.w
kemudian ia berkata, 'Ya Rasulullah binasalah aku!' Rasulullah bertanya,
'Apa yang membuatmu binasa?' Orang itu menjawab, 'Aku menjimai isteriku di
bulan Ramadhan' (di siang hari,). Rasulullah bersabda, 'Apakah kamu
mampu memerdekakan seorang budak?' Orang itu menjawb, 'Tidak'. Rasulullah
bersabda, 'Apakah engkau mampu memberi makan enam puluh orang miskin?' Orang
itu menjawab, 'Tidak' Rasulullah bersabda, 'Duduklah'. Diapun duduk.
Kemudian ada yang mengirim satu juadah kurma kepada Nabi s.a.w dan bersabda, 'Bersedekahlah', Orang itu berkata, 'Tidak
ada di antara dua kampung ini keluarga yang lebih miskin dari kami'.
Rasulullah s.a.w pun tertawa hingga terlihat gigi
serinya, lalu beliau bersabda, ?Ambillah, berilah makan kepada keluargamu" [2



rujukan:

[1] Al-Haruri nisbat kepada Harura' (iaitu) negeri yang jaraknya 2 meter dari
Kufah, orang yang beraqidah Khawarij disebut Haruri kerana kelompok pertama
dari mereka yang memberontak kepada Ali di negeri tersebut, hingga
dinisbatkan di sana. Demikian dikatakan oleh Al-Hafidz dalam Fathul Bari
4/424, dan lihat A Lubab 1/359 karya Ibnu Atsir. Mereka orang-orang
Haruriyah mewajbkan wanita-wanita yang telah suci daari Haid untuk mengqadha
solat yang terluput semasa haidnya. Aisyah khawatir Mu'adzah menerima
pertanyaan dari Khawrij, yang mempunyai kebiasaan menentang sunnah dengan
fikiran mereka, orang-orang seperti mereka pada zaman ini banyak, Lihat
fasal At-Tautsiq 'anillah wa ra rasuluhi dari tuliasan Dirasat Manhajiyat fi
Aqidah As-Salafiyah karya Salim Al-Hilaly.


[2]Lihat Haqiqatus Shiyam halaman 15, karya Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah
Hadits Shahih dengan berbagai lafadz yang berbeda dari Bukhari 11/516,
Muslim1111, Tirmidzi 724, Baghwai 6/288, Abu Dawud 2390, Ad-Darimi 2/11,
IbnuMajah 1617, Ibnu Abi Syaibah 2/183-184, Ibnu Khuzaimah 3/216, Ibnul
Jarud139, Syafi'i 199, Malik 1/297, Abdur Razak 4/196, sebagian memursalkan,
sebagian riwayat mereka ada tambahan :"Qadhalah satu hari sebagai gantinya".
Dishahihkan oleh Al-Hafidz dalam Fathul Bari 11/516, memang demikian.

Judul Asli : Shifat shaum an Nabi Shallallahu 'alaihi wa Sallam Fii
Ramadhan,penulis Syaikh Salim bin Ied Al-Hilaaly, Syaikh Ali Hasan Abdul
Hamid. Penerbit Al Maktabah Al islamiyyah cet. Ke 5 th 1416 H. Edisi
Indonesia Sifat Puasa Nabi Shallallahu 'alaihi wa sallam oleh terbitan
Pustaka Al-Mubarok (PMR), penerjemah Abdurrahman Mubarak Ata. Cetakan I
Jumadal Akhir 1424 H.



2 ulasan:

pecinta_Islam berkata...

dkt2 ramadhan ni bgs jgk kongsi2 info cani.thanks
:)

Unknown berkata...

mudahan kita peroleh manfaat dari entry ini...insyaallah...