Rabu, 27 Mei 2009
mImpi sEoRaNg GaDiS....
InI ana AmBiL dArIpAdA eMaIl ana..marilah kite reNuNgKaN bERsAmA....
MIMPI SEORANG GADIS
> Untuk Renungan Bersama.
>
> Bismillahirrahmanirrahim
>
> Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh
> Ustazah Noorbayah Mahmood
>
> Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan
> ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang
> menanggung
> kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
>
> "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa
> yang kamu sorokkan di tanganmu?"
>
> Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
> "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
> telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
> ini." Balas gadis tadi.
>
> "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
>
> Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi
> berjumpa ibuku di dalam neraka.
>
> Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat
> dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar
> kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
>
> "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya
> ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut
> untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,
> kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku
> adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat
> kepada suaminya?
>
> Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua
> benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
> disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
> menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
>
> Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang
> menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga
> nabi.
>
> Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
> Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan
> menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di
> dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
>
> Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga
> telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya
> kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di
> dunia.
>
> Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
> menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
>
> Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar
> tanganku sehingga melecur.
>
> Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.
>
> Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar
> gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
>
> Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut
> lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya
> mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar
> kepada beliau dan semua umat Islam.
>
> Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
>
> Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
>
> Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
> ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan