Selasa, 26 Mei 2009

InFoRmAsI BeRgUnA bUaT PeNgGunA kEREta..rEnUNGkAn2 dAn SeLaMat BErAmAL..

bAcAlAh DEnGaN teLitI aPa YaNG heNDaK dIcERiTaKaN.....

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan
sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang
dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis
toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui
bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping
menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang,
menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika
dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko
menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki
persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup
menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah
dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene
boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang
dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang
berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah
dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di
dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar
buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk
menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

Tiada ulasan: