Jumaat, 29 Mei 2009

nAsiHAt yAnG aMaT BeRmAkNa

Nasihat Kehidupan


1. KETIKA MENCARI CALON
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita
Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

2. KETIKA MELAMAR
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis,
tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

3. KETIKA AKAD NIKAH
Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu,
tetapi menikah di hadapan Allah

4. KETIKA RESEPSI PERNIKAHAN
Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa'kan anda,
kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do'a mereka.

5. KETIKA MALAM PERTAMA
Bersyukur dan bersabarlah.
Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6. SELAMA MENEMPUH HIDUP BERKELUARGA
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga,
tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

7. KETIKA BIDUK RUMAH TANGGA GOYANG
Jangan saling berlepas tangan,
tapi sebaliknya justeru semakin erat berpegang tangan

8. KETIKA BELUM MEMILIKI ANAK.
Cintailah isteri atau suami anda 100%

9. KETIKA TELAH MEMILIKI ANAK.
Jangan bagi cinta anda kepada (suami) isteri dan anak anda,
tetapi cintailah isteri atau suami anda 100%
dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

10.KETIKA EKONOMI KELUARGA MERUDUM
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus
dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

11.KETIKA EKONOMI BERKEMBANG
Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita

12.KETIKA ANDA ADALAH SUAMI
Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggung jawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

13.KETIKA ANDA ADALAH ISTERI
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan
semua pekerjaan.

14.KETIKA MENDIDIK ANAK
Jangan pernah berpikir bahawa orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak,kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak ....

15.KETIKA ANAK BERMASALAH
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anakpun yang tidak mahu bekerjasama dengan orang tua, yang ada adalah anak yang merasa tidak didengar oleh orang tuanya.

16.KETIKA ADA PIL.
Jangan diminum, cukuplah suami, isteri sebagai ubat.

17.KETIKA INGIN AMAN DAN HARMONIS

Gunakanlah formula 7 K
1 Ketaqwaan
2 Kasih sayang
3 Kesetiaan
4 Komunikasi dialogis
5 Keterbukaan
6 Kejujuran
7 Kesabaran

Khamis, 28 Mei 2009

SaNtApAn nUrAnI.....





pEnGeRtIaN HiDuP YaNg sUkAr DiTaFsIr...




DoA BuAt sAnG pEnCiNtA...


rEnUnGaN....


HiDuP SeKaRg TiDaK KeKaL,hIdUp DisAnA BuAt sElAmAnYa



ReNuNg-rEnUnGKaNlAh....

lAwAk sAnTaI

DeNGaRlAh SeBuAh CiTe.....

Di sebuah kg ada 3 org remaja yg suka lepak. Sorang tu nama dia
Ali,
sorang tu Budin dan sorang lagi Ciko. Aktiviti seharian depa ni
menybbkan tok imam x senang duduk. Pd satu hari tok imam tu dtg
dg
niat nak tarbiyah depa ni.

Maka berlakulah bbrp insiden cabar-mencabar.
Tok imam tu cabar si mangkuk 3 ekor tu ke surau waktu Maghrib
nnt.

Si Alipun berkata, "Tok imam ingat kami ni jahil sangat ke?
Takpa, nnt kami
buktikan yg kami bkn la jahil sgt spt yg disangkakan" .

Maka apb hampir masuk waktu Maghrib pegilah malaun 3 ekor tu
kesurau.

Tok imam pun suruh Ali azan. Tanpa berlengah terus je Ali azan,
"Allah Ta'ala.... Allah Ta'ala..." Dg segera tok imam merampas
mikrofon drp
Ali & menyuruh tok bilal azan semula. Terselah kejahilan Ali.

Selepas iqamat, masa nak sembahyang tok imam pun mengangkat
takbiratul ihram. Tok imam pun satu hal, angkat sekali x
khusyuk, angkat 2x pun
x khusyuk jgk lg..

Masuk je kali ketiga, Budin panggil tok imam. "Tok,tokduduk kat
belakang, biar saya jadi imam."
Tok imam punundur le ke belakang.

Budin pun angkat le takbiratul ihram. "Allahu akbar!" Maka para
makmum pun ikut angkat takbiratul ihram & memulakan solat.
Tiba2 je si Budin
ni pusing ke belakang dan berkata, "Aa, tengok! Sekali jee
tokkkk!!"

Lalubatallah solat Budin. Yg lain2 pun ikut berenti sambil
ketawaterbhk2.

Tok imam pun mintak pulak si Ciko jadi imam. Si Ciko pun terus
ke
depan jadi imam solat tersebut bermula dari takbir sampai le
habis
sembahyang.
Siap dg wirid2nya sekali. Punyalah respek tok imam kat si Ciko
niii...

Lepas solat, tok imam pun puji-memuji leee si Ciko ni... Tapi
dgn
bongkaknye si Ciko berkata,

"He hee, itu belum ambil wuduk lagi tu.Kalau tak, lagi dassat
aku semayang. He heee..."
Tok imam pun terkedu&terpana....

Rabu, 27 Mei 2009

bAcAlAh wAhAi tEmAn...

Jangan, jangan dan jangan




Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.






Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas
kaki (selipar).
Takut kalau-kalau terbawa keluar najis,
mengotori seluruh rumah kita.






Jangan makan dan minum dalam
bekas yang pecah atau sumbing.
Makruh kerana ia membahayakan.






Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah
digunakan tidak berbasuh.
Makruh dan mewarisi kepapaan.






Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti
rezeki mahal
(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu
berkat).






Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan.
Nanti rezeki kita dikongsi syaitan.






Jangan keluar rumah
tanpa niat untuk membuat kebaikan.
Takut-takut kita mati dalam
perjalanan.






Jangan pakai sepatu atau selipar yang
berlainan pasangan.
Makruh dan mewarisi kepapaan.






Jangan biarkan mata liar di perjalanan.
Nanti hati kita gelap
diselaputi dosa.






Jangan menangguh taubat bila berbuat
dosa kerana mati boleh datang
bila-bila masa.






Jangan ego untuk meminta maaf pada
ibu bapa dan sesama manusia
kalau memang kita bersalah.






Jangan mengumpat sesama rakan
taulan. Nanti rosak persahabatan kita
hilang bahagia.






Jangan lupa bergantung kepada ALLAH
dalam setiap kerja kita. Nanti
kita sombong apabila berjaya.
Kalau gagal kecewa pula.






Jangan bakhil untuk bersedekah.
Sedekah itu memanjangkan umur
dan memurahkan rezeki kita.






Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa.






Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah
ciri-ciri munafik dan
menghilangkan kasih orang kepada kita.






Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa
makhluk yang teraniaya
cepat dimakbulkan ALLAH.






Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
Akhirat itu lebih utama
dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya.






Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN.
Sebab semuanya untuk keselamatan kita.






ALLAH lebih tahu apa yang terbaik
untuk hamba ciptaanNya.




"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)






"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."






(Surah Al-Ahzab:71)

BiCaRa yAnG mEnGhIbUrKaN HaTi....

SYAITAN DAN HIDUNG

Hadis Abu Hurairah r.a: Nabi s.a.w telah bersabda: Apabila seseorang dari
kamu bangkit dari tidur, maka hendaklah dia memasukkan air ke dalam hidung
dan menghembusnya keluar sebanyak tiga kali kerana sesungguhnya syaitan
tidur dalam rongga hidungnya iaitu ketika dia tidur (Muslim)


Malah ada orang jatuh cinta kerana
terpesona dengan hidung seseorang.

Tahukah kita hidung adalah salah satu anggota yang amat diminati oleh
syaitan.
Masa yang paling sesuai untuk dikunjungi syaitan adalah ketika kita tidur.



Ketika itu syaitan akan berkumpul di dalamnya.

Tidak diketahui pula dengan tepat kenapa dia suka sangat dengan lubang
hidung,

tetapi ia boleh menganggu keupayaan kita untuk bangun dari tidur.

Membersihkannya sebaik sahaja bangun dari tidur adalah satu amalan
yang dilakukan oleh Rasullullah selain dari bersugi.

Bayangkanlah syaitan buat sarang dalam lubang hidung kita,
macam-macam dia bikin. (macam-macam adaa)

Oleh itu bersihkanlah sebaik bangun dari tidur.
Cara nak membersihkannya



Berselawatlah dan gunakan jari yang kecil,
bersihkanlah perlahan-lahan.

Jangan gunakan jari yang besar atau sebarang objek

kerana dikhuatiri hidung akan tercedera atau bulu hidung akan tertanggal,


boleh jadi juga lubang hidung akan menjadi luas macam
serombong kapal daa.

Nak bubuh sabun pun boleh, tetapi jangan le banyak sangat,

nanti berbuih pulak lubang hidung tu, boleh lemas tu, kan susah,

setakat ni tak ada seora ng pun yang sanggup buat CPR melalui lubang
hidung.

Kalau teringat sama-sama lah kita mengamalkannya

kerana melalui hidunglah kita menyedut udara pemberian Allah

dan dapat menghidu bau syurga (ini bergantung kepada amalan masing-masing).


Akhir kata........

"Walaupun dirimu tidak kukenal,
tetapi lubang hidungmu
tetap menjadi pujaan hatiku"

mImpi sEoRaNg GaDiS....



InI ana AmBiL dArIpAdA eMaIl ana..marilah kite reNuNgKaN bERsAmA....
MIMPI SEORANG GADIS


> Untuk Renungan Bersama.
>
> Bismillahirrahmanirrahim
>
> Rakaman ini dipetik dari program Motivasi Pagi -TV 3 (6.30 pagi) oleh
> Ustazah Noorbayah Mahmood
>
> Seorang gadis datang menemui Rasulullah dengan tangan kanannya disorokkan
> ke dalam poket bajunya. Dari raut wajahnya, anak gadis ini sedang
> menanggung
> kesakitan yang amat sangat. Lalu Rasulullah menegurnya.
>
> "Wahai anakku, kenapa wajahmu menampakkan kamu sedang kesakitan dan apa
> yang kamu sorokkan di tanganmu?"
>
> Lalu gadis malanginipun menceritakan hal yang berlaku padanya :-
> "Ya,Rasulullah, sesungguhnya aku adalah anak yatim piatu. Malam tadi aku
> telah bermimpi dan mimpiku itu telah membuatkan aku menanggung kesakitan
> ini." Balas gadis tadi.
>
> "Jika tidak jadi keberatan, ceritakanlah mimpimu itu wahai anakku."
>
> Rasulullah mula tertarik dengan penjelasan gadis tersebut."Aku bermimpi
> berjumpa ibuku di dalam neraka.
>
> Keadaannya amat menyedihkan. Ibuku meminta diberikan air kerana dia amat
> dahaga kerana kepanasan api neraka itu hingga peluh tidak sempat keluar
> kerana kekeringan sekelip mata." Gadis itu berhenti seketika menahan sebak.
>
> "Kemudian kulihat ditangan kirinya ada seketul keju dan ditangan kanannya
> ada sehelai tuala kecil.Beliau mengibas-ngibaskan kedua-dua benda tersebut
> untuk menghalang api dari membakar tubuhnya. Lantas aku bertanya ibuku,
> kenapa dia menerima balasan sebegitu rupa sedangkan ketika hidupnya ibuku
> adalah seorang hamba yang patuh dengan ajaran islam dan isteri yang taat
> kepada suaminya?
>
> Lalu ibuku memberitahu bahawa ketika hidupnya dia amat bakhil. Hanya dua
> benda itu sahaja iaitu seketul keju dan sehelai tuala kecil pernah
> disedekahkan kepada fakir. Yang lainnya hanya untuk bermuka-muka dan
> menunjukkan kelebihan hartanya sahaja.
>
> Lalu aku terus mencari ayahku. Rupanya beliau berada di syurga dan sedang
> menjamu penghuni syurga dengan makanan yang lazat dan minuman dari telaga
> nabi.
>
> Ayahku memang amat terkenal kerana sikapnya yang dermawan dan kuat beramal.
> Lalu aku bertanya kepada ayahku. "Wahai ayah, ibu sedang kehausan dan
> menaggung azab di neraka.Tidakkah ayah ingin membantu ibu sedangkan di
> dunia ku lihat ibu amat mentaatimu dan menurut perintah agama.
>
> Lalu dijawab oleh ayahnya. Sesungguhnya beliau dan semua penghuni syurga
> telah dilarang oleh Allah dari memberi walau setitik air kepada isterinya
> kerana itu adalah pembalasan untuk kebakhilan yang dilakukan ketika di
> dunia.
>
> Oleh kerana kasihan melihat azab yang diterima oleh ibuku, aku lantas
> menceduk sedikit air mengguna tapak tangan kananku lalu dibawa ke neraka.
>
> Belum sempat air tersebut mencecah bibir ibuku, api neraka telah menyambar
> tanganku sehingga melecur.
>
> Seketika itu juga aku tersedar dan mendapati tapak tanganku melecur teruk.
>
> Itulah sebabnya aku datang berjumpa engkau ya Rasulullah." Panjang lebar
> gadis itu bercerita sambil airmatanya tidak henti-henti mengalir di pipi.
>
> Rasulullah kemudian meletakkan tongkatnya ke tapak tangan gadis tersebut
> lalu menadah tangan, berdoa memohon petunjuk dari Allah. Jika sekiranya
> mimpi gadis tersebut adalah benar maka disembuhkanlah agar menjadi iktibar
> kepada beliau dan semua umat Islam.
>
> Lalu berkat kebesaranNya tangan gadis tersebut sembuh.
>
> Rasulullah lantas berkata, "Wahai anakku, pulanglah.
>
> Banyakkan bersedekah dan berzikir dan pahalanya kau berikan kepada
> ibumu.Mudah-mudahan segala dosanya terampun. INSYALLAH"

kIsAh YaNg MeMilUKan HaTi....

TAfSiRlAh SeNdIrI WahAi sAhAbAtKu SeKaLiAn....

Tersentuh hatiku bila membaca cerita ini:
*****************************************

Astagfirullah!. Aku beristigfar berkali-kali. Sesungguhnya aku
tidak
sendiri. Allah bersamaku. Allah mendengar keluhanku. Allah tahu
resah
dan gelodak yang melanda jiwaku. Allah tahu semua itu. Aku sujud
panjang, memohon istighfar. Air mataku mengalir. Aku terlena di
atas
sejadah. Tubuhku benar-benar letih. Sudah hampir sebulan aku
berada
dalam keadaan tidak menentu. Makan minumku sekadarnya. Tidurku
dihantui
mimpi-mimpi ngeri. Hari-hariku penuh kesedihan dan kekecewaan.
Emosiku
terganggu..... Fikiranku mengimbau peristiwa lama itu.....

Suamiku yang menunggu di luar tidak sabar menanti jawapan. "Macam
mana?"
tanyanya. "Abang nak atau tidak?". "Mestilah nak!". "Kalau abang
nak.....
adalah!". Dia mengucup dahiku. Pelukannya erat. Aku gembira. Dia
gembira.
Tuhan, syukurlah atas nikmat ini. Aku tahu dia amat sayang
padaku.
Seperti sayangku padanya. Dan seperti kasih kami kepada janin
dalam rahimku.
Dia menjagaku sebaiknya. Makan minumku, sakit peningku.Dan
segala-galanya.
"Doalah, semoga anak kita jadi anak yang baik,". Hari-hari itu
yang
diingatkan padaku. Aku pun ingin memiliki anak yang soleh, yang
luhur
pekertinya dan teguh memegang syariat Allah s.w.t pada akhir
zaman. Lalu
hari-hari kubisikan kepadanya kata-kata yang baik. Biarpun dia
masih di
dalam rahim. Aku pasti ada pertalian yang menghubungkan aku
dengannya.
Aku nyatakan harapanku dan saban hari bibirku tidak kering
melagukan ayat
suci Al-Quran. Surah Yasin, Al-Luqman, At-Taubah, Yusuf dan
Maryam telah
sebati dalam pengalamanku. Sebelum melelapkan mata, suamiku akan
mengajarnya membaca Al-Fatihah. Dan alangkah gembiranya hati
bakal ibu
apabila janinnya bergerak-gerak, memberi tindak balas pada
kalimah
tayyibah yang diajarkan. Akhirnya dia kulahirkan setelah melalui
kesakitan
antara hidup dan mati. Terubat hatiku melihat senyumannya.

Dia banyak menyalin rautku. Berkulit cerah dan berwajah bujur
sirih. Paling
seronok melihat lekuk di kedua belah pipinya bila dia tersenyum.
Nur Amana,
nama pilihan suamiku. Menggabungkan maksud cahaya Ilahi yang
menaungi
setiap sudut hidupnya. Penuh barakah dan rahmat. Biar dia menjadi
wanita
terpuji. Memiliki iman setinggi iman Siti Fatimah az-Zahra,
puteri
Rasullulah s.a.w. yang terunggul.

Dan membesarlah dia dalam limpahan kasih sayang aku dan suami.
Takdir Allah
s.w.t. menyuratkan kami tidak memperoleh anak lagi selepas
kelahirannya.
Pelbagai usaha kulakukan, namun barangkali puteri seorang itu
sajalah
amanah yang perlu disempurnakan sebaiknya. Aku akur. Suamiku
tidak banyak
bicara. Ketentuan Allah adalah sesuatu yang mesti diterima dengan
reda.

Nur Amana anak yang bijak. Tidak sekadar memiliki kecantikan
lahiriah,
akhlaknya terpuji. Tutur katanya mendamaikan jiwa. Bila dipandang
menyejukkan hati. Tidak pernah sekalipun mengangkat suara pada
orang tua.
Malah kata maaf sering diucapkan bila terasa lakunya menyentuh
hati orang
lain.

Saat paling menyedihkan bila sepucuk surat bersampul coklat tiba
pada
suatu tengahari. Detik perpisahan bertemu jua. Nur Amana yang
cemerlang
dalam pelajaran ditawarkan melanjutkan pelajaran ke Amerika
Syarikat. Pun
begitu demi masa depannya kami merelakannya. Seperti suamiku, aku
yakin
dengan ilmu Islam yang diterapkan dalam jiwanya dia mampu
menangkis
segala unsur jahat.

Aku pasti Nur Amana akan terus teguh. Menjadi ikan yang tetap
tawar biar
pun hidup di lautan masin. Lalu hari-hariku diulit rindu yang
dalam.
Terkenang telatah manjanya, senyumannya, rajuknya, dan bila
menjamah
hidangan tengahari tersentuh hatiku, teringat dia yang jauh
dirantau
orang. Namun, rindu terubat juga bila sekali sekala suratnya
menitip
berita, menyatakan rindu dan kasih tidak terhingga.

Lima tahun di negeri orang, Nur Amana kembali dengan kejayaan
membanggakan.
Air mataku menitis. Jauh di sudut hati, aku berbisik semoga anak
inilah
yang mendoakan kesejahteraan ibu dan bapanya bila hayat berakhir
nanti.
Dan di luar dugaanku, pulangnya Nur Amana membawa satu perubahan
yang
ketara. Dia berjilbab kini. Seluruh tubuh termasuk wajah ditutup
dengan
kerundung gelap. Pun aku bersyukur kerana perubahan itu menjurus
kepada
kebaikan.

Seperti suamiku, aku tidak membantah. "Di sana terlalu banyak
fitnah,
Ma...," beritahunya suatu hari bila kutanya apa yang mendorongnya
memakai
purdah. Aku pun menyedari, kemungkaran yang memenuhi negara kafir
tempat
Nur Amana menuntut ilmu itu. Alhamdulillah, kerana Nur Amana
mengambil
langkah bijak. Cuma saudara mara banyak membantah. Katanya,
dengan keadaan
yang seperti itu, Nur Amana sukar mendapat pekerjaan nanti.
Rugilah
kelulusan tinggi yang diperolehi. Tapi Nur Amana cuma tersenyum
mendengar
pertentangan-pertentangan itu. "Jangan bimbang Ma, pasti ada
rezeki
untuk hamba Allah yang memegang syariat-Nya," Nur Amana
memujukku. Dan
hatiku berbunga lega. Benar seperti kata-katanya, tidak sampai
sebulan
pulang dari Amerika, Nur Amana mendapat kerja di sebuah syarikat
di Kuala
Lumpur. Aku tidak begitu tahu tentang tugasnya, tapi menurut Nur
Amana
sebagai eksekutif. Dan kehidupan kami berlangsung seperti biasa.

Hilang sudah rindu membaraku. Nur Amana berada di sisiku
kini.Hari-hari
berada di depan mata. Cuma beberapa bulan kemudian, sikap Nur
Amana mula
berubah. Dia menjadi pemurung, jarang bercakap dan sering
mengurung diri
dalam kamarnya. Keluarnya bila ke tempat kerja atau bila kuajak
makan
bersama. Itupun kadang-kadang dia menolak. Beberapa kali aku cuba
mencungkil isi hatinya. Kenapa tiba-tiba dia berubah laku. Pun
aku tidak
berjaya. Nur Amana cukup bijak mengelak dan menyembunyikan.

Sehinggalah suatu hari aku dihubungi oleh seseorang, katanya Nur
Amana
telah menghantar permohonan ke mahkamah untuk menukar agama
kepada
Kristian. Bergegar jantungku. Suamiku terdiam lama. Ketika itu
Nur Amana
tiada di rumah. Katanya out-station di Singapura selama seminggu.
Aku dan
suami mengambil langkah berdiam diri dahulu. Cerita sebenar perlu
diperolehi oleh Nur Amana sendiri.

Bagaimana mungkin orang itu boleh membawa khabar itu, kalau tidak
ada
apa-apa? Apa sebenarnya yang dilakukan oleh Nur Amana sehingga
timbul
fitnah yang sebegitu besar? Persoalan demi persoalan menujam diri
menjadikan aku gelisah menanti kepulangannya. Kepulangan Nur
Amana
kusambut dengan air mata yang entah untuk apa. Yang pasti hatiku
cukup
bimbang.

Cenderamata dari Singapura dihadiahkan. Sehelai kain sutera
berwarna ungu
yang cantik. Pun bagiku ia tidak bernilai apa-apa. Suamiku
menggesanya
cepat membersihkan diri supaya dapat solat Maghrib berjemaah
bersama. Tapi,
Nur Amana, memberi alasan letih dan meminta aku dan suami solat
dahulu.
Bila azan Isyak berkumandang, sekali lagi suamiku mengetuk pintu
kamarnya
mengajak Nur Amana solat bersama. Dan sekali lagi juga Nur Amana
menolak
dengan alasan dia sedang menyiapkan kertas kerja penting. Satu
alasan yang
tidak pernah dilakukan olehnya. Nur Amana yang kudidik tidak
pernah
melengahkan waktu solat. Tidak pernah mengutamakan kerja lain
dari solat.
Tapi mengapa hari ini begitu? Mataku dan suami bertentangan. Pun
kami
cuma membisu. Bersabar dan menunaikan solat Isyak terlebih
dahulu.

Selepas solat kulihat Nur Amana ke dapur, mengisi perut yang
berkeroncong.
Tadi, kupanggil dia makan bersama tapi beralasan letih. Kecewanya
hatiku
dan suami. Selepas makan, Nur Amana menolak pintu bilik lagi tapi
cepat
suamiku memanggil. Nur Amana duduk dihadapanku. Dia kelihatan
bersahaja.
Gadis yang baru mencecah 24 tahun itu kulihat semakin manis.
Wajahnya
lembut. Matanya redup. Bibir merah jambunya yang cantik sering
mengukir
senyuman. Soalan pertama diajukan oleh suamiku. Nur Amana
tersentak.
Dia menafikan sekeras-kerasnya.Katanya itu cuma fitnah orang yang
benci
melihat kejayaannya. Hatiku lega. Nur Amana, anakku masih
memelihara
agamanya.

Sebulan kemudian, aku dihubungi lagi. Permohonan Nur Amana untuk
menukar
agama telah diluluskan. Sekarang Nur Amana berada di Kota
Kinabalu,
menghadiri persidangan penganut agama Kristian sedunia. Darahku
berderau.
Sikap Nur Amana yang mencurigakan akhir-akhir ini turut
menipiskan
kepercayaan aku dan suami padanya. Aku tidak mampu bertahan lagi.
Suamiku juga begitu. Ketiadaan Nur Amana (out-station ke
Singapura
lagi) memberi peluang kepada kami untuk memecah biliknya. Kamar
sederhana
besar itu tersusun kemas. Sekuntum mawar yang entah siapa
pemberinya telah
kering di atas meja. Dari kad kecil yang terlekat cuma tertulis
tahniah dan
tersusun buku-buku tebal di atas rak. Aku menghampirinya. Dan
jantungku
berdegup kencang bila hampir semua buku-buku tebal itu adalah
berkenaan
agama Kristian, termasuklah sebuah Bible dan terjemahannya. Aku
menggeletar.
Terasa lemah seluruh anggotaku. Suamiku segera menghubungi
mahkamah
meminta kepastian. Dan jawapan yang diberikan begitu menyakitkan.
Air
mataku turun tanpa henti. Apa salah didikanku, lalu dia jadi
begitu?
Subhanallah!

Nur Amana pulang. Terkejut bukan main Nur Amana bila mendapati
pintu
biliknya telah dipecahkan. Suamiku menghujaninya dengan
pertanyaan demi
pertanyaan. Nur Amana membisu membiarkan kemelut terus
berpanjangan.
Namun akhirnya, penjelasan dilafazkan jua. "Saya mencintai
Adam.....
pemuda Kristian, saya benar-benar cinta padanya dan terperangkap
dalam
agama itu...," dan sepantas kilat sebuah tamparan hinggap ke
pipinya.
Kemarahan suamiku sampai ke puncak. Kesabaran terus terhapus. Nur
Amana
menangis. Aku terkaku.Sesungguhnya hakikat ini terlalu pahit.

Paginya Nur Amana hilang dari rumah. Kamarnya kosong. Nur Amana
membawa
bersama segala pakaian dan buku-buku. Nur Amana bagai mengatakan
bahawa
"Cuma setakat ini saja hubungan kita". Nur Amana seolah-olah
memutuskan
bahawa aku bukan ibunya lagi, suamiku bukan bapanya lagi. Air
mataku
mengalir dan terus mengalir. Hiba hati seorang ibu. Suamiku
bertindak
pantas melaporkan kepada polis. Nur Amana lari dari rumah! Pun
polis
tidak menemuinya. Suamiku membuat permohonan membantah pertukaran
agama
yang dibuat oleh Nur Amana. Tiada pilihan lain, akhbar terpaksa
digunakan
meminta Nur Amana hadir ke mahkamah. Lalu, cerita Nur Amana
menjadi hangat.
Saban hari kisahnya terpampang di akhbar dan kaca televisyen.
Latar
belakangnya dicungkil. Kemudian peribadi Nur Amana dikritik.
Pendidikan
ibu bapa dan sekolah dijadikan alasan. Dan akhirnya, ramai yang
menyimpulkan,
Nur Amana gadis terpuji tersungkur ke perangkap Kristian kerana
cinta!
Alangkah dangkalnya iman Nur Amana. Alangkah!!!

Pada hari perbicaraan, Nur Amana hadir bersama seorang lelaki
muda berdarah
India . Nur Amana tidak bertudung litup lagi. Rambutnya dibiarkan
mengurai
ke bahu. Rambut yang sebelum ini tidak pernah dilihat oleh mata
lelaki
ajnabi. Dan, terasa gugur jantungku bila terlihat sebentuk salib
dibuat
dari emas tulin bercahaya ditimpa cahaya lampu megah tersemat di
dadanya.
Nur Amana tunduk. Langsung tidak memandang kepada sesiapa.
Wajahnya tenang.
Perbicaraan dijalankan. Detik demi detik berlalu. Keputusan
diumumkan.
Suamiku gagal!

Undang-undang negara memberi kebebasan beragama kepada rakyatnya.
Dan kami
tidak berhak menghalang kerana Nur Amana telah berumur lebih
daripada 18
tahun. Lelaki muda di sebelah Nur Amana ku lihat tersenyum lega.
Hatiku
hancur. Di mataku terbayang hukum Allah. Orang murtad akan
dikenakan
hudud! Dipancung setelah enggan setelah disuruh bertaubat. Nur
Amana bukan
tidak tahu itu. Bukan Nur Amana tidak tahu. Tapi, mengapa dia
terus
berdegil, tidak insaf dengan dosa itu?. Aku rebah dalam pelukan
suamiku.
Tubuhku merasa tidak bermaya. Dia tunduk. Wajahnya merah padam
menahan
kemarahan. Jemariku digenggam erat. Air matanya mengalir perlahan
membasahi
pipi. Menitis jatuh ke pipiku. Itulah kali pertama kulihat air
matanya
gugur.

Aku tahu hatinya. Dan cuma aku yang tahu hatinya."Demi Allah! Aku
bersumpah
negara ini tidak akan aman kerana memegang undang-undang kafir!".
Tiba-tiba
suaranya lantang menjerit, meggegarkan suasana mahkamah yang
telah sediakala
hingar apabila mendengar keputusan mahkamah tadi. Mahkamah sunyi
seketika.
Semua mata tertumpu padanya. Tiba-tiba jeritan itu disambut
dengan laungan
"Allahu Akbar" dari orang yang tidak puas hati dengan keputusan
mahkamah.
Aku cuba meredakan kemarahannya. Namun air matanya semakin lebat.
"Mahkamah ini tidak adil! Sekular! Undang-undang penjajah!'.

Keadaan semakin gawat apabila polis menangkap suamiku. Suamiku
meronta-
ronta, tapi pegangan kejap beberapa orang anggota polis
melemahkan
kudratnya. Dan akhirnya dia mengalah, membiarkan tangannya
digari.Ketika
melintasi Nur Amana yang terus tenang berdiri di sebelah lelaki
muda yang
tidak kukenali itu, suamiku menoleh. "Kalau jalan ini yang kau
pilih,
teruskanlah..... tapi ingat, kehidupanmu pasti tidak akan
selamat!,"
Nur Amana tidak menjawab. Tunduk. Kaku bagai patung. Pun kulihat
sekilas
senyuman di bibir lelaki muda di sebelahnya. Hatiku tercalar.
Keranamu Nur
Amana, seorang ayah akan hilang seluruh kebahagiaan hidupnya. Dan
hari ini,
suamiku merengkuk dalam penjara.Dituduh menderhaka kepada
mahkamah! Dan
ditakuti akan mencetuskan huru-hara kerana menerbitkan sentimen
perkauman
juga keagamaan.

Aku terjaga ketika jam dinding di ruang tamu berdenting tiga
kali. Aku
belum solat Isyak.Astagfirullah. Dari tadi aku tertidur dan
menyambung
mimpi ngeri semalam. Aku segera membaharui wuduk.Solat Isyak
kudirikan.
Kemudian kususuli dengan solat Taubat dan Hajat. Air mataku gugur
lagi
pada dinihari yang sepi. Doaku tidak putus. Hatiku retak. Namun
jauh di
sudut hati. Aku terus berharap....., pulanglah anakku,Nur Amana!

Aduhai, kisah Natrah berulang kembali..... Agama dipermainkan
oleh
undang-undang sekular. Lihatlah betapa rapuhnya undang-undang
sehingga
tidak dapat mempertahankan agama ISLAM yang dikatakan agama
RASMI.
Sampai bila perkara ini akan berakhir..... Betapa hibanya hati
seorang
ibu bila anaknya murtad dan kita tahu hukumnya dan kita tahu
masih banyak
lagi kes yang sama seperti Nur Amana. Apakah tindakan kita yang
mengaku
dirinya ISLAM? Apakah tidak tercabar oleh permainan pihak kuffar
ini????
Permainan ini semakin bermaharajalela ditanah air kita.....
Sedarlah!!!
Kita akan tertindas selagi HUKUM ALLAH TIDAK DITEGAKKAN DI
BUMI....... MALAYSIA khasnya....apapun kita semua yg bertanggung jawab memilih pemerintah negara jadi fikirkanlah...

p/s:Berhati-hatilah wahai pemuda-pemudi islam yg mempunyai kekasih dikalangan org2 yg bukan islam.Janganlah sesekali menjadi macam cerita diatas.klu cinta sgt pun bawalah mereka masuk kedalam agama islam dahulu sebelum berkahwin.Fikirkanlah....Untuk lebih selamat carilah kekasih dikalangan org2 islam apakah sudah tidak ada org islam???Mmg org kata cinta xkenal siapa tapi SEMUA datang dari hati kita sendiri....

Selasa, 26 Mei 2009

aMbUlAn YaNg TerPaNjAnG dUnIa....

SaTu PeNcApAiAn YaNg AmAt MeMbAnGGaKaN bAgI NeGaRa IsLaM...

Dubai, negara kosmopolitan di dunia Arab, sudah memiliki bangunan tertinggi, apartmen tertinggi dan akuarium terbesar di seluruh dunia. Kali ini, Dubai buat sensasi lagi dengan memiliki ambulan terpanjang di dunia.

Panjang ambulan itu sekitar 18 meter dan boleh membawa 44 pesakit sekaligus. Ambulan terpanjang itu, dilengkapi dengan tempat pendaratan helikopter di bumbungnya termasuk fasiliti satelit dan internet untuk para doktor yang bertugas.




p/s:BaGuS juGa dIa buAt CaMnI yA...SEnAnG SikIT...

Ni LaH ana SeBelum SEsi PoSt MOrTEm

Ni ana SeBeLuM sESi PoSt MOrTeM..tIKa Ini TerASA peLbaGaI peRasAAn,TaKut,sERaM DaN rIsAu..tApI bERkAt DoA seBeLum Itu,pERasAAn ITu,DaPaT aNa HiNdArkAn...IniLaH seSI pOSt MOrTeM yanG Pertama KaLi aNa SERTAI...



p/s:macam Dr PaKAr X aNa...guRaU sAjE....

iNiLaH BahAnAnyA maKaNaN sEgErA.....

SaTu PeTaNg,BILa ana MeMerIKsA eMaIl ana,ana DaPaTi Ada SatU mAklUmAt BeRkENaaN mAkAnAn SEgERa..BaCa YA sAhAbAt....

Chicken Wings - Its Dangerous




Avoid eating chicken wings frequently - ladies, especially; a true story...!

A friend of mine recently had a growth in her womb and she underwent an operation to remove the.
The cyst removed was filled with a dark colored blood. She thought that she would be recovered after the surgery but! she was terribly wrong.

A relapse occurred just a few months later. Distressed , she rushed down to her gynecologist for a consultation.

During her consultation, her doctor asked her a question that puzzled her.
He ask if she was a frequent consumer of chicken wings and she replied yes wondering as to how, he knew of her eating habits.
You see, the truth is in this modern day and age; chickens are injected with steroids to accelerate their growth so that the needs of this society can be met.
This need is none other than the need for food.




Chickens that are injected with steroids are usually given the shot at the neck or the wings.
Therefore, it is in these places that the highest concentration of steroids exists.
These steroids have terrifying effects on the body as it accelerates growth..
It has an even more dangerous effect in the presence of female hormones, this leads to women being more prone to the growth of a cyst in the womb. Therefore, I advise the people out there to watch their diets and to lower their frequency of consuming chicken wings!





People, who receive this email, please forward it to your friends and loved ones. I am sure no one wants to see him or her suffer!

pEnGgEmAr RoTi cAnAi,BeRiNgAT2La...

ReNuNGKaNlAh WaHaI sAhAbAt ApE yAnG dCerITaKaN OLeH saHaBaT kitE inI...

Subject:Kenapa Tepung berwarna putih.....?????

Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached).

Beberapa bulan kebelakangan ini saya memang tersangat sibuk dan memenatkan.

In sya-Allah hujung November saya dapat berehat dan dapat menulis lebih banyak artikel.
Dua hari lepas alhamdulillah saya dan isteri dapat berkunjung ke rumah kakak sulung saya.

Kakak saya ini sudah uzur maklumlah usia sudah melebihi 60 tahun.

Abang ipar saya sudah berusia 68 tahun tetapi alhamdulillah kelihatan masih segak. Kakak dan abang ipar saya ini tinggal di Felda dan menjalankan kedai runcit di hadapan rumahnya.
Dalam kunjungan saya kali ini, saya terserempak dengan satu pasangan yang juga bertamu ke rumah kakak saya ini.

Pasangan ini dari kalangan orang berada berjawatan besar dan memandu kereta mewah.

Apa yang ingin saya ceritakan di sini ialah berkenaan tetamu sang suami.

Sang suami yang saya namakan Mr Y ini adalah orang penting di salah sebuah kilang pengeluar tepung gandum. Dengan kesempatan yang diberikan Allah SWT ini, saya mengambil peluang untuk bertanya berbagai soalan berkenaan tepung gandum.
Maklumat pertama yang saya perolehi dari Mr Y ini ialah bahawa tepung gandum bersubsidi adalah dari jenama Cap Kunci yang boleh dibeli di pasaran dengan harga sekitar RM1.45 manakala tepung dari jenama lainnya adalah tidak bersubsidi dan dijual pada harga sekitar RM2.80.

Apa yang saya ingin kemukakan sebagai satu persoalan ialah mengapakah rakyat marhaen tidak berpeluang untuk membeli tepung Cap Kunci ini?
Pekedai terutama pekedai kecil yang memerlukan tepung Cap Kunci untuk membuat roti canai juga menghadapi masalah besar untuk mendapatk ann ya di pasaran.

Agaknya siapakah yang berjaya membeli tepung Cap Kunci ini??
Seterusnya saya bertanya bagaimana tepung gandum dihasilkan. Mr Y menjelaskan dengan terperinci proses bagaimana tepung gandum ini dihasilkan termasuk bagaimana tepung ini dilunturkan warnanya.

Apa bila tiba bab ini, saya mencelah menceritakan bagaimana bahan kimia BENZOYL PEROXIDE (BP) digunakan untuk menjadikan tepung gandum berwarna putih melepak. Tepung gandum setelah dikisar berwarna kekuningan. Dengan mencampurkan bahan kimia BP ke dalam tepung ini, warna tepung akan dilunturkan menjadi warna putih dalam masa yang singkat.

Mr Y menjelaskan kepada saya bahawa bahan kimia BP ini adalah merbahaya dan boleh menyebabkan berbagai penyakit.

Mr Y menambah cerita bahawa kilang dimana beliau bekerja adalah satu-satunya kilang yang tidak menggunakan BP untuk memutihkan tepung.
Beliau menambah bahawa pada satu waktu dahulu, satu lori tepung gandum seberat 20 tan untuk dieksport ke Singapore telah ditegah masuk kerana mengandungi bahan kimia BP.

Bagusnya Singapore , mereka mengharamkan jualan tepung gandum yang mengandungi bahan kimia BP kerana hendak menjaga kesihatan rakyatnya tetapi mengapa Malaysia terus menzalimi rakyatnya dengan membenarkan jualan tepung yang mengandungi kimia merbahaya BP ini??

Saya cukup merasa seronok kerana mengetahui ada jenama tepung gandum di Malaysia yang tidak mengandungi bahan kimia BP yang merbahaya ini.
Demi untuk mengesahkan cerita dari Mr Y ini saya masuk ke kedai kakak saya untuk mengambil beberapa bungkusan tepung gandum yang dikeluarkan oleh kilang Mr Y bekerja.

Saya membuat semakan pada bungkusan tepung tersebut untuk mengesahkan tiada perkataan "Benzoyl Peroxide" di luarnya.

Setelah puas menyemak, saya begitu terkejut apabila melihat bungkusan ini tertera "mengandungi Benzoyl Peroxide".

Mr Y lebih terkejut kerana pada sangka ann ya kilang dimana beliau bekerja tidak menggunakan BP untuk melunturkan tepung gandum.

Selain terkejut, Mr Y amat malu apabila sangka ann ya bahawa kilang tepung tempat beliau bekerja tidak menggunakan BP adalah meleset.
Semalam saya mengGoogle untuk mencari bacaan tambahan tentang BP dan berikut adalah antara dapatan saya:

1. Dari http://getacnetreat ments.com/ review/benzoyl- peroxide/
Benzoyl Peroxide
Benzoyl Peroxide is a highly potent chemical often used in low concentrations as an acne treatment.

Benzoyl Peroxide basically works as a pee lin g agent, stripping dead skin cells and kil lin g bacteria within pores.

Pure benzoyl peroxide is highly flammable, explosive, toxic, and is suspected of being a possible tumor promoter.
Although Benzoyl Peroxide is generally considered safe at low concentrations, since it breaks down in contact with skin, it is known for causing nasty side effects such as hives, swel lin g of the face, itching, and dry and pee lin g skin.

It is also a powerful bleaching agent and will cause discoloration when it comes in contact with clothing and hair.

2. Dari http://msds . chem.ox.ac. uk/BE/benzoyl_ peroxide. html
Benzoyl Peroxide
Classified as: TOXIC, FLAMMABLE and EXPLOSIVE Toxicology Possible tumor promoter. May act as a mutagen.

Toxic by inhalation. May be harmful if swallowed and in contact with skin. Eye, skin and respiratory irritant.

Typical TLV 5 mg/m3.

3. Dari http://pesticideinf o.org/Detail_ Chemical. jsp?Rec_Id= PC37521
Toxicity to humans, including carcinogenicity, reproductive and developmental toxicity, neurotoxicity, and acute toxicity.

4. Dari http://ptcl . chem.ox.ac. uk /~hmc/hsci/ chemicals/ benzoyl_peroxide .html
*** Benzoyl peroxide presents a number of hazards.

Firstly, it is potentially explosive when mixed with organic material.

Friction or grinding may also be sufficient to make it explode.
*** The compound is very flammable.
*** Benzoyl peroxide is toxic if you breathe it in, and may be harmful if you swallow it or get it on the skin.
*** In addition, benzoyl peroxide may act as a tumor promoter.

Daripada keterangan dari 4 laman web di atas dapat dijelaskan bahawa Benzoyl Peroxide adalah :
• Bahan toksik
• Bahan penggalak tumor
• Boleh menyebabkan alahan pada kulit
• Bahan mutagen iaitu bahan yang boleh menyebabkan mutasi pada
sel badan.
• Bahan peluntur kuat yang mampu melunturkan iaitu menukarkan
ke warna putih pakaian dan juga rambut yang berwarna.
Itulah sebabnya BP digunakan untuk menukarkan warna tepung gandum kepada warna putih kerana BP adalah satu bahan peluntur yang amat kuat sehinggakan rambut hitam boleh bertukar putih bila disentuhkan BP ini.
Proses pemutihan tepung gandum dilakukan adalah dengan cara mencampurkan tepung gandum dengan bahan kimia BP ini.

Dalam tempuh yang singkat, iaitu tidak sampai pun 1 jam, semua tepung gandum ini akan bertukar ke putih.

Selain menukar (meluntur) kepada warna putih, BP juga bertindak balas dengan tepung gandum ini lalu menukarkan protin gluten yang terdapat dalam tepung gandum ini. Ia juga mengakibatkan sebahagian nutrisi didalam tepung gandum yang asal merosot.

Ini mengakibatkan serangga kurang menggemari tepung putih berbanding tepung gandum yang asal (sila baca artikel berbahasa Inggeris di bawah). BP ini akan terus berada di dalam tepung putih ini apabila dipasarkan.
Dalam bahasa mudah, tepung gandum putih adalah kurang baik kerana mengandungi bahan toksik BP yang boleh mengakibatkan berbagai masalah disamping sebahagian nutrisinya telah hilang.
Saya sebagai seorang yang pernah mengalami "acute gout" sudah masak benar dengan kesan negatif tepung putih ini ke atas pesakit gout.
Sesiapa yang menghidap penyakit gout, sila buat eksperimen ini.

Sebagai permula ann ya, kawallah permakanan sehingga gout anda berkurang dan hampir tidak ada.

Setelah itu, makanlah makanan yang dibuat dari tepung putih seperti mee kuning atau roti canai dalam kuantiti yang banyak dan tunggulah kes ann ya.

In sya-Allah dalam tempuh 24 jam, pesakit gout akan mengalami simptom gout yang serius.

Itulah akibat dari memakan tepung putih yang mengandungi bahan kimia Benzoyl Peroxide.
Sebagai eksperimen kawalan (control experiment), lakukan pula eksperimen yang sama seperti di atas tetapi menggunakan pula spageti atau makaroni atau capati. Kesemua makanan ini diperbuat daripada gandum juga namun tepung ini tidak campurkan dengan benzoyl peroxide.

In sya-Allah eksperimen ini tidak akan menyebabkan symptom gout.
Daripada kedua-dua eksperimen ini menunjukkan dengan jelas bahawa bukan gandum yang membahayakan pesakit gout namun ialah kandungan benzoyl peroxide di dalam tepung gandumlah yang membahayakan pesakit gout.
Bagi mee kuning, selain benzoyl peroxide yang merbahaya, kandungan aid borik sebagai pengawet di dalamnya menambah parah kepada pesakit gout.
Bagi pesakit gout, bacalah dan amalkanlah saranan saya sebagaimana di dalam srtikel bertajuk GOUT, punca dan insya-Allah anda boleh puleh, TIPs di http://emjayjb . multiply. com/journal/ item/75 .
Pesakit gout, diabetes dan arthritis perlu mengelakkan segala makanan yang mengandungi tepung gandum putih (yang telah dilunturkan oleh BP) seperti mee kuning, roti canai, roti serta kueh mueh yang diperbuat dari bahan ini.
Bagi pendapat saya sebenarnya terdapat agenda sulit mengapa tepung gandum perlu diputihkan dengan menggunakan bahan kimia BP ini.
Begitulah juga mengapa garam halus dimasukan bahan kimia merbahaya di dalamnya.

Kesemua usaha ini adalah bermotifkan agar kesemua manusia kecuali
Y***** mengalami ????.
Hidup lebih sihat tanpa tepung gandum putih (bleached).
Seorang manusia tidak akan menerima kesan negatif dari BP dalam tempuh yang singkat.

Namun setelah mengambil produk tepung putih untuk tempuh yang panjang iaitu melebihi 20 atau 30 tahun, kesan negatif dari BP bakal semakin ketara. Kini masalah gout, athritis dan diabetes semakin lumrah di kalangan rakyat Malaysia .

Penyakit ini mula menyerang seawal usia hujung 20an atau awal 30an.
Pada pendapat saya, produk dari tepung putih adalah satu punca penting selain banyak faktor lain yang menyebabkan gout, diabetes dan athritis.

Sekian wassalam wallahuaqlam

P/S:ape nak jadi dEnGaN dUNiA sEKaRaNg...

InFoRmAsI BeRgUnA bUaT PeNgGunA kEREta..rEnUNGkAn2 dAn SeLaMat BErAmAL..

bAcAlAh DEnGaN teLitI aPa YaNG heNDaK dIcERiTaKaN.....

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan
sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang
dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis
toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui
bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping
menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang,
menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika
dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko
menghadapi kanser di samping punca keguguran.

Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki
persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup
menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah
dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene
boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang
dibenarkan.. . dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang
berlebih2an secara tidak sedar.

Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah
dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di
dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar
buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk
menyahkeluarkan toksik tersebut apabila.

sUsAh UnTuK dIrUnGkAi....

CuBE bAcA dAn FIkIr2kAn...

Murid : Selamat pagi, cikgu.
>
>
> Cikgu : (Menengking) Mengapa selamat pagi sahaja? Petang dan malam awak doakan saya tak selamat?
>
>
> Murid : Selamat pagi, petang dan malam cikgu!
>
>
> Cikgu : Panjang sangat! Tak pernah dibuat oleh orang! Kata selamat sejahtera! Senang dan penuh bermakna. Lagipun ucapan ini meliputi semua masa dan keadaan.
>
>
> Murid : Selamat sejahtera cikgu!
>
>
> Cikgu : Sama-sama, duduk! Dengar sini baik-baik. Hari ini cikgu nak uji kamu semua tentang perkataan berlawan. Bila cikgu sebutkan perkataannya, kamu semua mesti menjawab dengan cepat, lawan bagi perkataan-perkataan itu, faham?
>
>
> Murid : Faham, cikgu!
>
>
>
> Cikgu : Saya tak mahu ada apa-apa gangguan.
>
>
> Murid : (senyap)
>
>
> Cikgu : Pandai!
>
>
> Murid : Bodoh!
>
>
> Cikgu : Tinggi!
>
>
> Murid : Rendah!
>
>
> Cikgu : Jauh!
>
>
> Murid : Dekat!
>
>
> Cikgu : Keadilan!
>
>
> Murid : UMNO!
>
>
> Cikgu : Salah!
>
>
> Murid : Betul!
>
>
> Cikgu : Bodoh!
>
>
> Murid : Pandai!
>
>
> Cikgu : Bukan!
>
>
> Murid : Ya!
>
>
> Cikgu : Oh Tuhan!
>
>
> Murid : Oh Hamba!
>
>
> Cikgu : Dengar ini!
>
>
> Murid : Dengar itu!
>
>
> Cikgu : Diam!
>
>
> Murid : Bising!
>
>
> Cikgu : Itu bukan pertanyaan, bodoh!
>
>
> Murid : Ini ialah jawapan, pandai!
>
>
> Cikgu : Mati aku!
>
>
>
> Murid : Hidup kami!
>
>
> Cikgu : Rotan baru tau!
>
>
> Murid : Akar lama tak tau!
>
>
> Cikgu : Malas aku ajar kamu!
>
>
> Murid : Rajin kami belajar cikgu!
>
> Cikgu : Kamu gila!
>
>
>
> Murid : Kami siuman!
>
>
>
> Cikgu : Cukup! Cukup!
>
>
> Murid : Kurang! Kurang!
>
>
> Cikgu : Sudah! Sudah!
>
>
> Murid : Belum! Belum!
>
>
> Cikgu : Mengapa kamu semua bodoh sangat?
>
>
> Murid : Sebab saya seorang pandai!
>
>
> Cikgu : Oh! Melawan!
>
>
>
> Murid : Oh! Mengalah!
>
>
>
> Cikgu : Kurang ajar!
>
>
> Murid : Cukup ajar!
>
>
> Cikgu : Habis aku!
>
>
> Murid : Kekal kami!
>
>
> Cikgu : O.K. Pelajaran sudah habis!
>
>
> Murid : K.O. Pelajaran belum bermula!
>
>
> Cikgu : Sudah, bodoh!
>
>
>
> Murid : Belum, pandai!
>
> Cikgu : Berdiri!
>
>
> Murid : Duduk!
>
>
> Cikgu : Saya kata UMNO salah!
>
>
> Murid : Kami dengar KeADILan betul!
>
>
> Cikgu : Bangang kamu ni!
>
>
> Murid : Cerdik kami tu!
>
>
> Cikgu : Rosak!
>
>
> Murid : Baik!
>
>
> Cikgu : Kamu semua ditahan tengah hari ini!
>
>
> Murid : Dilepaskan tengah malam itu!
>
>
> Cikgu : (Senyap dan mengambil buku-bukunya keluar.)

p/s:MeMaNg DahSyAt BuDak2 zAmAn SeKaRaNg..pEnIng KePaLa DiBuAtnYE...

Isnin, 25 Mei 2009

bErHeNtiLah SeBeLuM iZrAiL MeNcAbUt NyAwA

CaP MaSjiD TaPi BuKaN oRaNg IsLaM puNyA

reNuNGkAnLaH sEjEnAk...BaCaLaH dAn MuHasAbAhlAh...



Baru ku tahu rupanya, Teh Cap Masjid adalah bukanlah pengeluaran Bumiputera. Nampaknya kita tertipu dengan
penjenamaan. Selain menggunakan jenama cap Masjid, nama teh tersebut pun menggambarkan seperti ia adalah keluaran orang
Islam iaitu dengan perkataan "Guru" iaitu Teh Guru Cap Masjid
Selain dari mengelirukan dari aspek penjenamaan, syarikat tersebut juga cuba menipu dengan menggunakan pewarna..
Umat Islam lambat sangat nak keluarkan produk sendiri sehingga bangsa lain mengambil kesempatan kerana prospek benefit
yang diaorang dah nampak. Rakyat beragama Islam di Malaysia adalah yang tertinggi dan semestinya mempunyai permintaan
yang tinggi juga terutama bab makanan.



Kisah tasbih, sejadah, kopiah buatan China yang berada di Mekah mungkin boleh diterima lagi kerana kemungkinannya di buat oleh orang Islam China dan sudah semestinya ia bukannya makanan.Ini dikenalpasti apabila pemilik syarikat pengeluar Teh Cap Masjid dihadapkan di Mahkamah Majistret Selayang 14 Feb atas dua tuduhan menggunakan bahan pewarna dalam serbuk teh yang dikeluarkan pada 13 Oktober 2005.
Teh Wangi Ros Sdn. Bhd. yang beralamat di No 371, Jalan 20, Taman Ehsan Jaya, Batu Caves dekat sini didakwa melanggar Peraturan 260(3) Peraturan-Peraturan Makanan 1985 kerana serbuk teh tidak boleh menggunakan apa-apa bahan pewarna.Mengikut dakwaan, dua pegawai penguat kuasa Jabatan Kesihatan dari Pejabat Kesihatan Daerah Gombak membuat pemeriksaan ke premis kilang dan mengambil dua sampel iaitu Teh Guru Cap Masjid dan Teh Guru Cap Masjid (pek baru).Pengurus syarikat, Lee Chooi Moi, 40, yang hadir membuat pengakuan tidak bersalah memohon masa perbicaraan untuk melantik peguam.Entah berapa banyak lagi agaknya jenama yang seakan kemelayuan dan keislaman tetapi sebenarnya adalah kepunyaan orang bukan islam..

p/s:masyaallah..inilah yang benar2 berlaku di negara kita tercinta..

Ahad, 24 Mei 2009

tEmUdUgA yAnG uNtUk SeMuA


TEMUDUGA TERTUTUP.

Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan a):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.


TARIKH TEMUDUGA:

Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:

Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:

Anda tidak perlu bawa siji-sijil.Anda tidak perlu bawa pingat.Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi.Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:

Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:

1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?





CARA MEMOHON:

Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:

Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang bermaksud begini: Sabda Rasullah SAW:Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu. Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada! sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya. Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada jalan masuk. Maka malaikat berkata kepadanya: Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu: Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang. Maka berkata malaikat: Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya? Maka berkata mayat itu:Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala. Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu.

Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki).!

Wallahua’lam

Sabtu, 23 Mei 2009

ReNuNGKanLaH kiSaH Rasullullah S.A.W SeBaGaI pEnGaJaRaN

Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran
1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah
menampalnya sendiri tanpa
perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu
kambing untuk keperluan
keluarga mahupun untuk dijual.

2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat
tiada makanan yang sudah siap
di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda
menyinsing lengan bajunya
untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina
'Aisyah menceritakan 'Kalau
Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu
urusan rumahtangga.


3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat
berangkat ke masjid, dan
cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'


4) Pernah baginda pulang pada waktu pagi.
Tentulah baginda teramat lapar
waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang
ada untuk sarapan. Yang
mentah pun tidak ada kerana Sayidatina 'Aisyah
belum ke pasar.
Maka Nabi bertanya, 'Belum ada sarapan ya
Khumaira?' (Khumaira adalah
panggilan mesra untuk Sayidatina 'Aisyah yang
bererti 'Wahai yang
kemerah-merahan')
Aisyah menjawab dengan agak serba salah, 'Belum
ada apa-apa wahai
Rasulullah.'
Rasulullah lantas berkata, 'Jika begitu aku puasa
saja hari
ini.' tanpa sedikit tergambar rasa kesal di raut wajah baginda.


5) Sebaliknya baginda sangat marah tatkala
melihat seorang suami sedang
memukul isterinya. Rasulullah menegur, 'Mengapa
engkau memukul isterimu?'
Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar,
'Isteriku sangat keras
kepala! Sudah diberi nasihat dia tetap degil juga, jadi
aku pukul lah dia.'
'Aku tidak bertanyakan alasanmu,' sahut Nabi s. a. w.
'Aku menanyakan mengapa
engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada
anak-anakmu?'


6) Pernah baginda bersabda, 'sebaik-baik lelaki
adalah yang paling baik,kasih
dan lemah lembut terhadap isterinya.' Prihatin,
sabar dan tawadhuknya
baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung
tidak sedikitpun menjejaskan
kedudukannya sebagai pemimpin umat.


7) Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat.
Dilihat oleh para
sahabat,pergerakan baginda antara satu rukun ke
satu rukun yang lain amat
sukar sekali.
Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah
sendi-sendi
pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara
satu sama lain. Sayidina
Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu
langsung bertanya setelah
selesai bersembahyang,


'Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan
menanggung penderitaan yang
amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?'
'Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.'


'Ya Rasulullah...mengapa setiap kali tuan
menggerakkan tubuh, kami
mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh
tuan? Kami yakin engkau
sedang sakit...' desak Umar penuh cemas.


Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para
sahabat amat terkejut. Perut
baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai
kain yang berisi batu
kerikil, buat untuk menahan rasa lapar baginda.
Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan
bunyi-bunyi halus setiap kali
bergeraknya tubuh baginda.


'Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar
dan tidak punya makanan
kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?'
Lalu baginda menjawab dengan lembut, 'Tidak para
sahabatku. Aku tahu, apa
pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi
apakah akan aku jawab di
hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin,
menjadi beban kepada
umatnya?' 'Biarlah kelaparan ini
sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak
tidak ada yang kelaparan di
dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di
Akhirat kelak.'


8) Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun
makan di sebelah seorang
tua yang dipenuhi kudis, miskin dan kotor.


9) Hanya diam dan bersabar bila kain rida'nya
direntap dengan kasar oleh
seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di
lehernya. Dan dengan penuh rasa
kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing
si Badwi di dalam masjid
sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


10) Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt
dan rasa kehambaan yang
sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak
sama sekali rasa ke tuanan.


11) Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH
langsung tidak dijadikan
sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika
di depan ramai mahupun
dalam keseorangan.


12) Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya
untuk baginda, baginda
masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari,
terus-menerus beribadah
hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya
sudah bengkak-bengkak.


13) Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung
kemahuan jiwanya yang
tinggi.Bila ditanya oleh Sayidatina 'Aisyah, 'Ya
Rasulullah, bukankah
engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih
bersusah payah begini?'
Jawab baginda dengan lunak, 'Ya 'Aisyah, bukankah
aku ini hanyalah seorang
hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya
yang bersyukur.'


Rasulullah s. a. w. bersabda,'SAMPAIKANLAH PESANKU
WALAUPUN SEPOTONG
AYAT..'

rEsEaRcH yAnG mEmEniNGkAn

hamba sem depan kena buat researh untuk memenuhi keperluan kos hamba...masyaallah...tertekan rasenya diri hamba...memandangkan tajuk yang dibuat mudah untuk dirungkai...tetapi amat memeningkan...

50 TaNdA -tAnDa MuNaFiK.

WaHai sahabatku sekalian....renung-renungkanlah......
1. Malas beribadah kepada Allah SWT .
2. Lupa kepada Allah SWT
3. Melalaikan solat fardu
4. Mempercepat mengerjakan solat
5 Gemar meninggalkan solat berjemaah
6. Meninggalkan solat Jumaat
7. Menyuruh yang mungkar dan melarang yang makruf
8. Melakukan dosa dan kemungkaran secara sembunyi
9. Menyembunyikan ilmu pengetahuan
10. Riak
11. Hasad dengki
12. Dusta
13. Mungkir janji
14. Bakhil
15. Fitnah
16. Mencaci maki
17. Mengumpat
18. Mengungkit kembali pemberian kepada seseorang dan menyakiti hatinya
19. Mengingkari takdir allah
20. Mempersenda kesucian agama
21. Enggan berjihad di jalan Allah SWT
22. Menghina sahabat Rasullullah SAW
23. Menyembunyikan persaksian pada jalan yang benar
24. Menangguh pembayaran hutang
25. Menipu dalam jual beli
26. Ghasab
27. Bergaul dengan orang yang memperolok Al-Quran
28. Memakan harta anak yatim
29. Membuka rahsia orang lain
30. Berasa aman daripada murka Allah apabila melakukan dosa
31. Memanggil orang dengan gelaran buruk yang tidak disukai
32. Menghalang orang daripada mengamalkan ajaran islam
33. Suka kepada kesesatan dan suka menyesatkan orang
34. Bermuka-muka
35. Menyanjung dan memuji orang tanpa diketahui keadaan sebenarnya
36. Sombong diantara sesama manusia
37. Melampaui batas yang telah digariskan oleh Allah
38. Suka berbantah dan bertengkar sesama Muslim
39. Berputus asa dalam menghadapi cabaran hidup
40. Membazir dalam memanfaatkan nikmat Allah
41. Keluh kesah apabila ditimpa musibah
42. Mengkhianati sesuatu amanah
43. Memutuskan silaturrahim
44. Memecahbelahkan perpaduan kaum muslimin
45. Menghalalkan perkara yang haram
46. Membuat kerosakan dimuka bumi
47. Menuduh orang beriman bodoh
48. Mengubah dan menyalahguna ayat-ayat Allah
49. Bersumpah dengan selain nama Allah SWT
50. Berasa gembira apabila musibah menimpa orang beriman.

mPv PeRoDuA aKAn DAtanG.....



pEsAnAn BuAt sAng PeNcINtA

Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Tolong beritahu si dia, aku ada pesanan buatnya..

Tolong beritahu si dia, cinta agung adalah cintaNya..

Tolong beritahu si dia, cinta manusia bakal membuatnya alpa..

Tolong nasihati sia dia, jangan menyintaiku lebih dari dia menyintai Yang Maha Esa..


Tolong nasihati si dia,jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa..

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya..


Tolong katakan pada si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga..
Tolong katakan pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya..


Tolong ingatkan si dia. Aku terpikat kerana imannya bukan rupa..
Tolong ingatkan si dia. Aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta..
Tolong ingatkan si dia. aku kasihinya kerana santunnya…

Tolong tegur si dia, bila dia mula mengagungkan cinta manusia..
Tolong tegur si dia, bila dia tenggelam dalam angan-angannya..
Tolong tegur si dia, andai nafsu mengawal fikirannya..
Tolong sedarkan si dia. Aku milik Yang Maha Esa..
Tolong sedarkan si dia. Aku masih milik keluarga..
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar kepada keluarganya

Tolong sabarkan si dia, usah ucap cinta di kala cita-cita belum terlaksana..
Tolong sabarkan si dia, andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta..


Tolong sabarkan si dia, bila jarak mejadi penyebab bertambah rindunya..
Tolong pesan padanya. Aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya..
Tolong pesan padanya. Aku tak mahu menjadi punca kegagalannya..
Tolong pesan padanya aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya

Tolong khabarkan pada si dia. Aku tidak mahu melekakan dia..
Tolong khabarkan pada si dia. Aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya..


Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku..
Tolong sampaikan pada si dia. Aku mendambakan cinta suci yang terjaga..
Tolong sampaikan pada si dia,cinta kerana Allah tidak ternilai harganya..
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dengan Yang Maha Kuasa..


Tolong sampaikan kepada si dia kerana aku tidak mampu memberitahunya sendiri

Hanya engkau Ya Allah mengetahui siapa si dia..
Moga pesananku sampai padanya walau aku sendiri tidak mengetahui siapa dan dimana si dia..
Moga dia seekor lebah yang sentiasa memuji keagungan Yang Maha
Kuasa memasuki taman larangan dengan sopan santunnya dan bertemu mawar...