1hari=24jam Satu TAHUN ? 12 Bulan 52 Minggu 365 Hari 8760 Jam 525600 Minit 31536000 Detik Distribusi normal manusia meninggal dunia (tahun) <> > 70th 60th - 70th (65th) Chart Kebanyakan manusia meninggal dunia antara usia 60 thn-70thn (majoriti) Puratanya manusia meninggal ± 65 th "Baligh: Start untuk seseorang di perhitungkan amal baik atau buruknya selama hidup di dunia" Laki-laki Baligh ± 15 tahun Wanita Baligh ± 12 tahun Usia Yang ada untuk kita beribadah kepada-Nya, puratanya:
Mati - Baligh = Baki Usia, :~ 65 - 15 = 50 tahun
50 tahun digunakan untuk apa?
Catatan:
50 tahun=
18250 hari=
458000 jam 12 jam siang hari 12 jam malam hari 24 jam satu hari satu malam
Gambaran kasarnya: Mari kita muhasabah bersama..... ....!
Waktu kita tidur ± 8 jam/hari ; Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai tidur 18250 hari x 8 jam= 146000 jam= 16 tahun 7 bulan; dibulatkan jadi 17 tahun Logiknya: Alangkah sayangnya waktu 17 tahun habis di gunakan untuk tidur, padahal kita akan tertidur dari dunia untuk selamanya... ... Waktu aktiviti kita di siang hari ± 12 jam Dalam 50 tahun waktu yang habis dipakai untuk aktiviti:
18250 hari x 12 jam= 219000 jam = 25 tahun Aktiviti disiang hari: Ada yang bekerja, atau bercinta, ada yang belajar atau mengajar, ada yang sekolah atau kuliah, ada yang makan sambil jalan-jalan, dan banyak lagi. Waktu rehat ± 4 jam Dalam 50 tahun waktu yang dipakai untuk rehat 18250 hari x 4 jam= 73000 jam = 8 tahun Rehat: menonton tv, atau mungkin dihabiskan termenung di buai khayalan.... ..
17 tahun + 25 tahun + 8 tahun = 50 tahun
Lalu Bila Nak Beribadah??? Padahal Allah ada berfirman yang bermaksud; "Tidak KUciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKU". Maut datang menjemput tak pernah bersahut, Malaikat datang menuntut untuk merenggut, Manusia tak kuasa untuk berkata-kata,
Allah Maha Kuasa atas syurga dan Neraka, Terimalah habuanmu seadanya.. Memang benar!!! Menuntut ilmu itu ibadah, kalau niatnya untuk ibadah, tetapi kebanyakannya belajar agar mudah mencari pekerjaan. Sekiranya belajar itu tidak membantu menambah pendapatan kita, kita tidak akan belajar... Memang benar!!! Bekerja cari nafkah itu ibadah, tapi bekerja yang bagaimana? Ramai orang bekerja untuk hidup bermewah-mewahan dan amat kurang sedekahnya. " Jarang ada yang menolak untuk dipuji dan dipuja tatkala berjaya " Lalu Bila Nak Beribadah??? Oh! mungkin solat 5 waktu itu dianggap sudah mencukupi... ! Karena kita fikir; solat wajib besar pahalanya, solat amalan pertama yang dihisab, solat jalan untuk membuka pintu syurga... Benarkah solat kita itu mencukupi dan diterima !!? Berapa banyak solat kita dalam 50 tahun??? 1 solat = ± 10 minit ..... 5x solat = ± 1 jam Dalam waktu 50 tahun waktu yang terpakai utk solat = 18250 hari x I jam =18250 jam= 2 tahun Kesimpulan: waktu yang kita manfaatkan dalam 50 tahun di dunia cuma 2 tahun untuk solat ( ini kalau yg solat 10minit! Kalau solat macam ayam patuk tanah..amacam? ) 2 tahun dari 50 tahun kesempatan kita....itupun belum tentu solat kita bermakna berpahala dan di terima.
Dan sekiranya pahala solat kita selama 2 tahun tidak sebanding dengan perbuatan dosa-dosa kita selama 50 tahun; dalam percakapan kita yang selalu dusta, baik yang sengaja ataupun tidak, dalam pertuturan kita yang sering mengguris orangtua kita, dalam harta kekayaan kita yang selalu kedekut terhadap orang faqir, dalam setiap perbuatan kita yang selalu bergelumang dosa... Logiknya: Bukan satu yang mustahil kita umat akhir zaman akan berhamburan di neraka untuk mendapatkan balasan kelalaian... .........
Terlalu banyak masa yang terbuang percuma selama manusia hidup di dunia dan semuanya itu akan menjadi bencana..... ....... Penyelesaian: Tiada kata terlambat walaupun waktu berlalu cepat, isilah ia dengan sesuatu yang bermanfaat!! !!!!! Ingatlah negeri kita...Akhirat
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.a
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
Mengikut keterangan dari kitab'Asraarul Mufidah' sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
s. a. w.. bersabda bermaksud:
'Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya.' Sabda baginda lagi;
'Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar.' Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah, akan terhindar daripada pencerobohan pencuri. Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk, Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah s. a. w. bersabda, ' SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT.....'
Di mana boleh cari ramai Melayu? Di mana boleh cari ramai Melayu Pastinya di Kelantan dan Terengganu Dan juga di pasar malam dan pasar minggu Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu Di Sungai Buloh, pusat pemuilihan, dulu di Pudu Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru Terkinja-kinja best giler menari macam hantu Apa hobi orang Melayu Terkenal dengan budaya malas dan lesu Berlepak buang masa tak jemu-jemu Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu Tengok telenovela dari Filipina dan Peru Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu Sambil makan junk food, kuaci dan muruku Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu Mana tak gendut berpenyakit selalu Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu Boleh tak jumpa mereka di kedai buku Atau di perpustakaan dan majlis ilmu Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu Ada tapi kurang sangat mereka di situ Kenapa melayu jadi begitu Nak salahkan siapa ibubapa atau guru Pemimpin negara atau raja dulu-dulu Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu Nak harap Kerajaan saja membantu Terutama sekali kontraktor kelas satu Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu pasal jambatan senggek atau siapa dia penghulu Dan suka sanggat dengan budaya ampu mengampu Sampai bila kita nak tunggu Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju BOleh! dengan beberapa syarat tertentu Pertama dengan banyak menguasai ilmu Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu
Ada sedikit ilmu yang boleh kita manfaatkan bersama. Mari kita luangkan sedikit masa dari kesibukan tugas harian dengan masa membaca Quran…kalau tak dapatpun, tanamkan azam untuk berbuat demikian….
Fadhilat Membaca Ayat-ayat Al-Quran
Abu Umamah r.a. berkata : "Rasulullah s.a.w. telah menganjurkan supaya kami semua mempelajari Al-Quran, setelah itu Rasulullah s.a.w. memberitahu tentang kelebihan Al-Quran." Telah bersabda Rasulullah s.a.w.: "Belajarlah kamu akan Al-Quran, di akhirat nanti dia akan datang kepada ahli-ahlinya, yang mana di kala itu orang sangat memerlukannya.Ia akan datang dalam bentuk seindah-indahnya dan ia bertanya, "Kenalkah kamu kepadaku?" Maka orang yang pernah membaca akan menjawab : "Siapakah kamu?"
Maka berkata Al-Quran :"Akulah yang kamu cintai dan kamu sanjung, dan juga telah bangun malam untukku dan kamu juga pernah membacaku di waktu siang hari." Kemudian berkata orang yang pernah membaca Al-Quran itu: "Adakah kamu Al-Quran?" Lalu Al-Quran mengakui dan menuntun orang yang pernah membaca mengadap Allah s.w.t. Lalu orang itu diberi kerajaan di tangan kanan dan kekal di tangan kirinya, kemudian dia meletakkan mahkota di atas kepalanya. Pada kedua ayah dan ibunya pula yang muslim diberi perhiasan yang tidak dapat ditukar dengan dunia walau berlipat ganda, sehingga keduanya bertanya : "Dari manakah kami memperolehi ini semua, pada hal amal kami tidak sampai ini?"
Lalu dijawab :"Kamu diberi ini semua kerana anak kamu telah mempelajari Al-Quran”
Menurut Abu Said r.a., Allah berfirman di dalam sebuah hadith qudsi, “Sesiapa yang disibukkan oleh Al-Quran daripada berzikir dan meminta kepadaKu, maka Aku akan memberikan kepadanya sesuatu yang lebih utama daripada diberikan kepada orang yang meminta kepadaKu”
(1)BISMILLAH (Dengan Nama Allah) :
- Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut.
- Barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.
(2)SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) :
- Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh.
- Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.
(3) AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) :
- Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman.
- Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya.
- Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat.
- Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid.
- Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid.
- Imam Jaafar Shadiq r. a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.
(4) SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) : Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.
(5) SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) : Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.
(6) SURAH AN-NISSA' (Perempuan) : Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.
(7) SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) :
- Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang.
- Barang siapa membaca ayat 89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.
(8) SURAH AL-AN'AM (Binatang Ternak) : Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.
(9) SURAH AL-A'RAAF (Benteng Tinggi) :
- Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya.
- Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.
(10) SURAH AL- ANFAL (Rampasan) : Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.
- Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman.
- Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
(12) SURAH YUNUS (Yunus) :
- Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat.
- Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.
(13) SURAH AL-HUD (Hud) :
- Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa.
- Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar.
- Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.
(14) SURAH YUSUF (Yusuf) :
- Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya.
- Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup.
- Barang siapa membac ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.
(15) SURAH AR-RA'D (Petir) :
- Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir.
- Barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.
(16) SURAH IBRAHIM (Ibrahim) : Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida'ah.
(17) SURAH AL-IIIJ'R (Batu Gunung) : Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.
(18) SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil) :
- Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu.
- Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.
(19) SURAH AL-KAHF (Gua) :
- Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan.
- Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.
(20) SURAH MARYAM (Maryam) : Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.
(21) SURAH THAAHAA (Hai Manusia) :
- Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya.
- Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap- tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.
(22) SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) : Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah.
(23) SURAH AL-HAJ (Haji) : Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(24) SURAH AL-MU'MINUN (Orang-orang Mukmin) :
- Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi.
- Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
(25) SURAH AN-NUUR (Cahaya) :
- Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk.
- Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.
(26) SURAH AL-FURQAN (Pembaca) : Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.
(27) SURAH ASY-SYU A'RA (Ahli-ahli Syair) : Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.
(28) SURAH AN-NAML (Semut) : Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.
(29) SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) :
- Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat.
- Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.
(30) SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) :
- Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh.
- Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.
(31) SURAH AR-RUM (Rum) : Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.
(32) SURAH LUQMAN (Luqman) :
- Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut.
- Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.
(33) SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) : Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.
(34) SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) :
- Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati.
- Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.
(35) SURAH SABA' (Saba') : Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.
(36) SURAH FAATHIR (Pencipta) : Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.
(37) SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) : Barang siapa membacanya, insya Allah in akan terpelihara daripada gangguan jin.
(38) SURAH SHAAD (Shaad) : Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.
(39) SURAH YAASIIN (Hai Manusia) :
Nabi kita Muhammad s. a. w bersabda : "Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin." Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik.." Dalam satu hadith yang lain.
Baginda s. a. w bersabda: "Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul- maut, nescaya Allah s. w. t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu."
Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s. a. w bersabda: "Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku."
·Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya.
·Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan.
·Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.
·Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid.
·Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya.
Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian. **Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan-kawan yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW “Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat”.
Dakwah adalah sesuatu pekerjaan yang sedikit pendokongnya tapi banyak penentangnya, sedikit yang menggerakkannya tapi ramai yang membantutkannya, dan sedikit yang memahaminya tapi banyak yang memesongkannya. Dakwah yang ingin mengeluarkan umat ini dari kejahilan kepada keilmuan, dari kebatilan kepada kebenaran dan dari kegelapan kepada sinar cahaya hidayah-Nya memerlukan bekalan yang dapat meneguhkan pendokong dan penggeraknya dalam landasan Ilahi ini.
Semangat yang kuat dan fikrah yang jelas adalah sebahagian daripada bekalan yang perlu hadir dalam jiwa para pendakwah. Kedua-duanya perlu dijaga dengan sungguh-sungguh kerana jika salah satu daripadanya mula hilang atau terpesong maka kesannya bukan kepada pendokong dan penggeraknya saja bahkan kepada dakwah yang kita serukan juga. Semangat adalah ibarat baja dan air yang menjadi sumber tumbuhnya sepohon pokok yang dapat membesar dengan baik dan kuat sedangkan fikrah itu ibarat batang pokok dengan segala dedaunnya yang segar dan wangi hingga mampu memberi manfaat yang besar kepada makhluk lain. Semangat yang kuat tanpa fikrah yang jelas ibarat pokok yang berlebihan siraman air dan bajanya manakala fikrah yang jelas tanpa semangat yang kuat seperti pokok yang kekurangan sumber air dan bajanya. Akhirnya pokok yang diharapkan tumbuh membesar itu semakin hari semakin gugur daunnya, mulai mereput kulitnya dan akhirnya tumbang ke tanah tanpa sebarang manfaat yang boleh diambil darinya. Pokok itu adalah dakwah yang ingin kita bangunkan saat ini.
Mereka yang cukup bersemangat dalam berdakwah tanpa disertai dengan pemahaman yang benar dengan fikrah yang Islam seruan bisa gugur dari medan dakwah ini kerana keterlibatannya hanya kerana semangat yang hadir, tanpa semangat mereka mula mengundurkan diri dari berdakwah. Saat memegang jawatan tertentu dalam sesebuah organisasi maka semangat dakwah bertambah, saat masih bergelar mahasiswa semangat dakwah masih bergelora, saat sahabat-sahabat dakwah masih ramai semangat dakwah cukup subur dalam diri, saat program dakwah bertimbun-timbun semangat dakwah tidak pernah menurun, saat masa masih lapang semangat dakwah sentiasa berkobar-kobar. Saat idea mencurah-curah semangat dakwah melalui tulisan amat konsisten. Saat dakwah ini mula mendapat sambutan semangat makin kuat.
Ya, semangat inilah yang kita dambakan cuma sayangnya semangat itu hanya hadir ketika itu sahaja tapi bila tiba saat sudah melepaskan jawatan yang dipegang, saat mula memasuki bidang pekerjaan, saat sahabat-sahabat mula hilang dari medan perjuangan, saat program dakwah mula sayu dan longlai, saat kesibukan mula menghantui kehidupan, saat idea menulis semakin kering, saat dakwah ini mula ditolak maka dakwah mula diabaikan, mula dibiarkan dan mula ditinggalkan dengan pelbagai alasan-alasan yang dianggap ‘syarie’ pada pandangannya kerana semangat sudah hilang, sudah pudar, sudah lemah kerana pendorong semangat dakwah tadi juga sudah tiada. Andai tidak meninggalkan jalan dakwah ini semangat dakwah itu mula bertukar kepada memburukkan individu atau kelompok yang berbeza dengan wasilah mereka, menghalang perjalanan golongan yang berbeza fikrah dengan mereka, merasakan diri dan kelompok mereka sahaja yang layak mengemban perjuangan ini, lalu kita sering melihat pergaduhan sesama gerakan-gerakan melalui kata-kata atau tulisan walau kita semuanya adalah orang-orang Muslim. Semangat inikah yang ingin kita semaikan??
Mereka terlupa bahawa perjuangan golongan terdahulu lebih-lebih lagi mampu melunturkan semangat dakwah mereka, mereka diuji dengan ujian yang memerlukan mereka mengorbankan masa, harta bahkan jiwa-jiwa mereka hingga mereka juga mengeluh “Bilakah pertolongan ALLAH akan tiba??”.
“Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cobaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? Mereka ditimpa oleh malapetaka dan kesengsaraan, serta digoncangkan (dengan bermacam-macam cobaan) sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman bersamanya: "Bilakah datangnya pertolongan Allah?" Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”[Al Baqarah 2:214]
Salah seorang sahabat RasuluLLAH juga pernah memberikan saranan agar membalas sahaja perbuatan kafir Quraisy dengan kekuatan yang ada ketika mereka masih berada di Makkah yang pastinya lahir dari sebuah semangat yang ada pada dirinya. Ternyata usul itu ditolak oleh Nabi yang memahami bahawa dakwah itu tidak cukup sekadar mempunyai semangat yang membara sahaja namun perlu melihat sumber kekuatan dan persediaan yang telah ada pada dakwah ini, lantaran itulah Rasul mengatakan kepada sahabatnya “Sesungguhnya kamu ini orang yang tergesa-gesa”
Pengorbanan yang mereka berikan bukan semata-mata atas semangat tanpa berpijak di bumi yang nyata tetapi semangat itu lahir dari sebuah fikrah yang benar-benar faham akan tujuan dan matlamat dakwah ini inginkan. Maka lihatlah setelah terbangun sebuah kerajaan Islam yang pertama di Madinah mereka tidak merasakan bahawa tugas dakwah ini telah selesai bahkan tanggungjawab dakwah semakin berat hingga memerlukan mereka berjuang dengan sepenuh hati menyebarkan dakwah ke seluruh pelusok bumi walau Rasul tidak bersama mereka lagi dengan semangat sama ada kita hidup mulia dengan Islam atau kita mati kerana agama-Nya. Pengorbanan yang mereka berikan itu selayaknya mendapat penghormatan dari ALLAH berupa sebuah anugerah yang dijanjikan kepada hamba yang menepati janjinya.
“ Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah; maka di antara mereka ada yang gugur. Dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu- nunggu dan mereka tidak merobah (janjinya)” [Al Ahzab 33:23]
Fikrah yang jelas tentang dakwah dan perjuangan tanpa secebis semangat untuk menyebarkannya juga bakal membantutkan perjalanan kita yang panjang ini menemui destinasi yang dijanjikan-Nya. Sehebat manapun pemahaman kita tentang bagaimana seharusnya kita memahami agama ini belum cukup untuk mengubah masyarakat kita jika semangat yang kuat belum hadir dalam jiwa kita untuk menyebarkan fikrah Islam itu ke dalam jiwa masyarakat. Jadilah fikrah Islam yang kita fahami itu hanya tersembunyi jauh dalam fikiran dan hati kita seorang sahaja, hingga mula membeku di dalam otak dan hati dan akhirnya hanya mampu mengeluh dengan kerosakan Islam yang terjadi saat ini tanpa berbuat apa-apa, apatah lagi jika lebih suka mengomentar dakwah orang lain seolah-olah bak kata peribahasa “paku dulang paku serpih mengata orang dia yang lebih”.
Dakwah ini mula bernada balada yang cukup lemah dan khayal orang mendengarnya akibat kesungguhan untuk menyampaikan dakwah ini juga mempunyai melodi yang sama. Dakwah mula menjadi suatu yang hanya dilakukan secara main-main, tanpa keseriusan untuk merealisasikan dakwah ini untuk berjaya hingga kita hanya melaksanakannya ketika ada masa “free”, ketika diberikan tugasan oleh murobbi, ketika ditegur oleh sahabat dakwah yang lain dan ketika diluar waktu “study”, kerja dan kehidupan biasa kita seolah-olah dakwah ini untuk masa tertentu dan tempat tertentu sahaja. Adakah ini tanda fikrah dalam dakwah ini belum jelas?? Ditambah pula jika kita lebih banyak bergembira dengan gelak-tawa dalam kehidupan ini sampai terlupa untuk kita menangis mengenangkan dakwah kita yang gagal untuk menyedarkan dan melahirkan umat yang cintakan agama-Nya. Sedangkan kita sepatutnya lebih banyak menangis dari tertawa secara berlebihan
“Maka hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan. [At Taubah 9:82]
“Dan mereka menyungkur atas muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu'[Al Israa 17:109]
Adakah gelak tawa kita membuktikan dakwah ini telah tersebar luas atau hanya sekadar nafsu yang menguasai kehidupan kita. Atau tugas dakwah ini telah selesai kerana telah mempunyai ramai pendokong dan penggeraknya hingga kita lebih banyak ketawa dari menangis. Jika semua itu masih belum tercapai marilah kita muhasabah sejenak untuk menangisi kelemahan kita mengajak orang lain ke dalam dakwah ini, menangisi kekurangan kita untuk orang tsiqah dengan dakwah ini, menangisi ketidak sungguhan kita dalam dakwah ini, menangisi ketidak istiqamahnya kita dalam mengingatkan umat lewat kata-kata mahupun tulisan kepada dakwah ini, menangisi lemahnya semangat dakwah kita saban waktu, menangisi waktu-waktu yang kita bazirkan dengan gelak tawa yang berlebihan hingga terlupa dosa-dosa yang kita perbuat. Mudah-mudahan gelak tawa kita tidak membuatkan hati menjadi keras hingga susah untuk mengalirkan air mata lewat solat tahajud kita.
Jangan kita sentiasa mengharapkan pertolongan ALLAH agar membantu dakwah ini tanpa kita juga mengubah diri kita agar selayaknya kita ditolong oleh ALLAH, kerana sejarah membuktikan golongan pejuang agama yang lalu melakukan pengorbanan yang luar biasa hebat sebelum mereka diberi bantuan oleh ALLAH. Seharusnya kita berusaha untuk mengambil sejarah mereka sebagai panduan untuk mencipta sejarah perjuangan kita pula.
Jadikan semangat itu sebagai pemangkin dalam dakwah dan fikrah Islam itu sebagai pembimbing kita agar tidak menyalahgunakan semangat yang ada dalam diri. Buat diri yang masih mencari semangat dalam dakwah kehidupannya dan berusaha melengkapkan diri dengan fikrah yang mudah-mudahan membawa diri bertemu dengan sebuah kebenaran yang dakwah Islam inginkan. Wallahu’alam
Manusia - Eh, dah subuh dah? Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh mu . Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...awal lagi nie?.zzzzzzzz
Manusia - Nak makan, laparlah ?? Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah... Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !! mmm..sedapnyaaaa? .
Manusia - Hari ni nak pakai apa ye? Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat.. Syaitan - Ehh, panaslah, takde style langsung, nampak kampung!!!
Manusia - Alamak, dah lewat! Malaikat - Bersegeralah wahai manusia , nanti terlewat ke pejabat.. Syaitan - Ahhh?awal lagi?mmm..aaahh? suruh si X, punchkanlah?
Manusia - Azan sudah kedengaran.. . Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan Syaitan - Baru pukul berapa.. rilex lah..awal lagi nieii?.
Manusia - Eh, eh.... tak boleh tengok ini, berdosa... Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat dan mengetahui ! Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok nie..
Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia.. Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang, lantaklahh? .
Manusia - Elok kalau aku sampaikan nasihat ini kepada orang lain Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatil ah sesama kamu.. Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa susah2... pandai2lah?
Manusia - aku telah berdosa.. Malaikat - Wahai anak Adam, bertaubatlah kamu,sesungguhnya Allah Maha Pengampun. . Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat... lagipun muda hanya sekali.....rugila. ... (kalau sempatla)
Manusia - Kalau pergi, mesti seronok! Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu .. Syaitan - Jangan bimbang, tiada sesiapa yang tahu....Jomlahhh?
Manusia - Uuhhh?letihnya arini..tak solat lagi nieee?. Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu. Solat itu wajib bagimu... Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku,kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan diakhirat (jangan mimpilah!) untukmu...
Semoga boleh dimanfaatkan Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat. Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita. Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.
Nama syaitan
1. DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu)sepatutnya DULILLAH
2. HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya HI ROB
3. KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KI YAU
4. KANNAK (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAK
5. KANNAS (bila dibaca dengan sabdu)sepatutnya KA NAS
6) Iya (disebut tanpa sabdu) sepatutnya Iyya. Iya bermaksud 'matahari'
Dalam ayat ke 5,jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7) SIROTHOLLAZI. ......... ... sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN ............ ....hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA...dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat Insya-Allah. semoga kita menjadi orang yang sentiasa membaiki bacaannya.